11 Mei 2022 – Joshua Benedict Langkab, seorang murid SMK Taman Tun Fuad telah memenangi Saguhati dalam Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Akhir Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2022 anjuran Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Pihak penganjur Pemilihan Tokoh Nilam tahun 2022 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua, Pn. Halija binti Haji Jonggang dan seluruh warga SMKTTF atas sokongan sepanjang pelaksanaan program ini. YBhg. Pn. Tah Nia binti Haji Jaman menzahirkan rasa gembira atas kesediaan SMKTTF menjadi tuan rumah bagi program ini.
Sekolah Menengah PPDKK
Program Infaq Kasih Ramadhan 1433H @ SMK Taman Tun Fuad
28 April 2022 – Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah demi meraih ganjaran dan ketaqwaan. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Tun Fuad telah mengadakan Program Infaq Kasih Ramadhan demi melahirkan warga sekolah memiliki sahsiah diri yang mulia dan juga rasa bersyukur dengan segala nikmat dan dapat berkongsi dengan yang kurang bernasib baik untuk mewujudkan keakraban dan seronok melakukan amal ibadat dalam bulan Ramadhan. Penyertaan program tersebut adalah terdiri daripada murid-murid asnaf, Pekerja Pembersihan, Pengawal Keselamatan, AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana) SMK Taman Tun Fuad.
Sekolah Menengah PPDKK
Majlis Khatam Al-Quran @ SMK Taman Tun Fuad
26 April 2022 – Khatam al-Quran merupakan suatu aktiviti keagamaan yang perlu dilakukan bagi seseorang Muslim. Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca untuk mendapatkan pahala malah al-Quran juga perlu difahami dan ditadbur akan isinya. Oleh itu, SMK Taman Tun Fuad telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran yang merupakan manifestasi daripada program-program j-QAF yang sewajarnya dilaksanakan pada setiap tahun persekolahan di Malaysia. Justeru itu, majlis seumpama ini diharapkan akan melahirkan kecintaan murid-murid terhadap al-Quran dan juga mencungkil bakat bacaan al-Quran dalam kalangan murid. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah juga telah menyampaikan sijil penghargaan dan duit raya kepada peserta khatam al-Quran, serta peserta terbaik lelaki dan perempuan.
Sekolah Menengah PPDKK
Program TS25 Pameran Amalan Terbaik PBL & KmR serta Pelancaran Jom Baca Bersama 10 Minit @ SMK Taman Tun Fuad
21 April 2022 – Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui Program TS25, SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pameran yang berupaya mengaplikasikan amalan terbaik Project Based Learning (PBL) & Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR) dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Di samping penganjuran program ini, SMK Taman Tun Fuad juga telah mengadakan pelancaran program Jom Baca Bersama 10 Minit.
Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir yang diketuai oleh Pn. Halija binti Hj. Jonggang selaku Puan Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Ketua Bidang, Ketua Panitia, guru-guru subjek dan AJK Pelaksana atas sokongan dalam Program Pameran PBL & KmR ini. Penyertaan yang cukup memberangsangkan membuat pihak pentadbir teruja. Tahniah juga kepada penyelaras program TS25 Pn. Mangit Kaur Karam Singh dan pembantunya Pn. Susie Ivangella @ Doivit atas usaha untuk menjayakan pameran ini.
Sekolah Menengah PPDKK
Syabas untuk Pasukan SMK Taman Tun Fuad yang Mendapat Keputusan Membanggakan dalam Pertandingan Sains ASMO Tahun 2021
SMK Taman Tun Fuad telah menghantar Pasukan ASMO Sains untuk menyertai Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) 2021 secara dalam talian bagi subjek Sains peringkat sekolah pada 27 Mei 2021, peringkat negeri pada 24 Ogos 2021 dan peringkat kebangsaan pada 4 Disember 2021.
Bagi peringkat sekolah, pasukan ASMO Sains SMKTTF adalah terdiri daripada 23 orang peserta yang merangkumi murid Tingkatan 1, 2 dan 3. 12 orang peserta mendapat Merit dan 6 orang lagi menjadi Medalist. Daripada 23 orang peserta ini, seramai 18 orang peserta telah malayakkan diri ke peringkat negeri.
Dalam peringkat negeri, seramai 5 orang peserta mendapat Merit, 4 orang lagi dianugerahkan Bronze dan seorang peserta Year 9, John Justine Langkab telah merangkul Silver. Peserta-peserta Year 9 juga berjaya memenangi Second Runner Up Team Award.
Daripada 10 orang peserta yang layak mara ke peringkat kebangsaan, 2 orang murid Year 7, iaitu Agnes Bungan Singa dan Ain Nu Aisyah binti Mohammad berjaya mendapat anugerah Merit. Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah yang memberi komitmen dan sokongan padu demi menjayakan program tersebut.
Sekolah Menengah PPDKK
Atlit Paralimpik Negara Brenda Anellia Larry sertai Kontinjen Paralimpik Negara ke 4th Asian Youth Para Games 2021 di Manama, Bahrain
Tahniah kepada Brenda Anellia Larry atas penyertaannya dalam Kontinjen Paralimpik Negara ke 4th Asian Youth Para Games 2021 yang bermula 2 hingga 6 Disember 2021 di Manama, Bahrain! Beliau berjaya memenangi Women’s 50 m Butterfly S2-7 Non Medal Event dalam masa 59.01 saat.
Sekolah Menengah PPDKK
SMK Taman Tun Fuad Meraih Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber Peringkat Negeri Sabah 2021
2 Disember 2021- Dua pasukan Kelab ICT SMK Taman Tun Fuad di bawah bimbingan Pn. Juliezianna binti Abdul Aziz telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber Peringkat Negeri Sabah 2021 yang telah diadakan pada 2 Mac hingga 20 April 2021. Kumpulan 1 yang terdiri daripada peserta bernama Jerina Lociah dan Karen Supang Billy telah merangkul Johan manakala Dayang Atiqah Umaira binti Abdullah dan Nur Adaha binti Jupri yang mewakili Kumpulan 2 telah memenangi Naib Johan.
PPD Kota Kinabalu Sekolah Menengah PPDKK Sektor Pembangunan Murid SIP
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU 2021
Tuan Rumah: SMK TAMAN TUN FUAD
PENGELOLA: OK9 S1
Tarikh: 23/09/2021
Hari : Khamis
Masa: 12.30 tengahari
PPD Kota Kinabalu Sekolah Menengah PPDKK Sektor Pembangunan Murid SIP
MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU 2021
KARNIVAL BULAN KEMERDEKAAN, PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
PPD KOTA KINABALU
PENGELOLA : OK9 S1
TUAN RUMAH: SMK TAMAN TUN FUAD
Tarikh: 30/08/2021
Hari. : Isnin
Masa: 12.30 tengahari
Sekolah Menengah PPDKK
Hidayatullah Johan Hafazan e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 @ SMK Taman Tun Fuad
7 Ogos 2021 – Hidayatullah Bin Andi Hasbullah, seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah mencipta sejarah bagi SMK Taman Tun Fuad setelah dinobatkan sebagai JOHAN dalam kategori Hafazan e-Mahabbah Pendidikan Khas peringkat negeri Sabah. Beliau akan mewakili negeri Sabah ke e-Mahabbah Pendidikan Khas peringkat kebangsaan untuk tahun 2021.
Sekolah Menengah PPDKK
PROGRAM MENINGKATKAN KESEDARAN KESEJAHTERAAN DAN PSIKOLOGI GURU PPDKK (Kebimbangan : Resah yang Memudaratkan)
2 Ogos 2021 – Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu telah mengadakan satu program meningkatkan kesedaran kesejahteraan dan psikologi guru PPDKK. Tajuk ceramah ialah Kebimbangan: Resah yang Memudaratkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Pn. Tah Nia binti Hj. jaman, PPD Cemerlang Jusa C, Kota Kinabalu sebagai perasmi, Pn. Angela Julip, Pegawai Psikologi Hospital Queen Elizabeth, KK sebagai penceramah dan Pn. Nuraisah @ Siti Nur Azwa binti Aribun, Kaunselor Pendidikan PPDKK sebagai moderator program ini.
Pautan YouTube Bahagian 1:
Pautan YouTube Bahagian 2:
Sekolah Menengah PPDKK
Sumbangan PIBG atas Penyertaan Brenda Anellia Larry ke Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 @ SMK Taman Tun Fuad
27 Julai 2021 – Sumbangan PIBG telah disampaikan oleh wakil PIBG, Pn. Norinda binti Majid dan disaksikan oleh Pn. Halija binti Jonggang, Pengetua dan juga barisan pentadbir SMKTTF. Selamat maju jaya!
Sekolah Menengah PPDKK
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG NORMA BAHARU SPM 2020 @ SMK TAMAN TUN FUAD
28 JULAI 2021 – Majlis Anugerah Cemerlang Norma Baharu SPM 2020 SMK Taman Tun Fuad julung kali diadakan secara atas talian. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Pn. Tah Nia binti Haji Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu sebagai perasmi majlis ini.
Sekolah Menengah PPDKK
LAWATAN MESRA @ SMK TAMAN TUN FUAD
6 APRIL 2021 – Lawatan oleh En. Abdul Ghaffor , Penolong PPDKK (Sektor Pengurusan Sekolah) ke SMK Taman Tun Fuad.
Sekolah Menengah PPDKK
HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA @ SMK TAMAN TUN FUAD
5 APRIL 2021- Hari pertama persekolahan bersemuka untuk tahun ini. Para barisan Pentadbir , guru-guru & AJK tertinggi PIBG memastikan semua SOP dipatuhi oleh murid-murid. #kitajagakita
PPD Kota Kinabalu
PROGRAM MINDA SIHAT & PENGURUSAN STRESS @SMK TAMAN TUN FUAD
28 Ogos 2020- Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG SMK Taman Tun Fuad telah menganjurkan Program Minda Sihat dan Pengurusan Stress untuk murid-murid tingkatan 5. Penceramah yang dijemput ialah Dr. Lee Sze Chet ( Pakar Psikatrik Hospital Mesra Bukit Padang & Dr Vasanthi A/P Selvaraju (Klinik Amentari Hospital Mesra Bukit Padang).
Sekolah Menengah PPDKK
Program Dialog Prestasi & Aku Janji Calon SPM 2020@ SMK Taman Tun Fuad
17 & 18 Ogos 2020 – Program Dialaog Prestasi & Aku Janji untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah diadakan. Program ini di laksanakan secara beperingkan dan mengikut SOP yang ditetapkan.
Sekolah Menengah PPDKK
DIALOG PRESTASI GURU TINGKATAN 5 BERSAMA SIP+ PPDKK @ SMK TAMAN TUN FUAD
5 Ogos 2020 – Guru-guru tingkatan 5 SMK Taman Tun Fuad telah mengikuti Dialog Prestasi bersama SIP+ dari PPD Kota Kinabalu.
Sekolah Menengah PPDKK
BENGKEL REKAAN GRAFIK & PEMBINAAN LAMAN WEB @ SMK TAMAN TUN FUAD
5-6 Ogos 2020 – Panitia ASK & Rekabentuk Teknologi telah mengadakan bengkel Rekaan Grafik & Pembinaan Laman Web. Bengkel ini diadakan secara online bersama fasilitator dari AMC Kota Kinabalu. Bengkel melibatkan pelajar ting 2 & 4 dan diadakan dalam 2 sesi. Sesi kedua pada 10 – 11 Ogos 2020.
Sekolah Menengah PPDKK
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM(Matematik Tambahan) @SMK TAMAN TUN FUAD
5 Ogos 2020 (Rabu)- Panitia Sains & Matematik SMK Taman Tun Fuad telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5. Penceramah yang dijemput ialah Encik Jupri Basari, Guru Cemerlang Matematik Tambahan dari Sekolah Menengah Sains Lahad Datu.
Sekolah Menengah PPDKK
Lawatan KPM ke SMK Taman Tun Fuad: Pengarah Bahagian Pendidikan Khas (KPM) turun padang.
29 Jun- Pengarah Bahagian Pendidikan Khas (KPM), Datuk Dr. Yasmin Bt Hussain bersama Timbalannya, Dr. Mohd Anuar B. Abdullah beserta bebrapa orang pegawai lain telah membuat lawatan dan pemantauan ke Kelas PPKI SMK Taman Tun Fuad.