4 Julai 2025 – Program ceramah Maal Hijrah telah dijalankan yang melibatkan semua guru, AKP dan murid muslim SMK Taman Tun Fuad. Antara objektif program ini dijalankan ialah meraikan Maal Hijrah sebagai hari kebesaran umat Islam, meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan guru dan murid, serta memupuk kemahiran pengurusan majlis secara KBAT dalam kalangan guru dan murid. Antara pengisian program ialah ceramah yang disampaikan oleh En. Sahril Alijan bin Junaidi, seorang pendidik dari SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah. Program seumpama ini diharapkan akan dapat meningkatkan ukhuwah murid dan guru dalam menghadapi cabaran hidup sekaligus mendidik jati diri sebagai seorang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

Semua guru, AKP dan murid muslim terlibat di dalam program ini

Ceramah disampaikan oleh En. Sahril Alijan bin Junaidi. Pn. Halija Hj Jonggang, pengetua SMKTTF menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Leave a Reply