13 Februari 2026-Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di SJK(C) St. James telah berlangsung dalam suasana yang sangat meriah dan penuh kegembiraan. Seawal pagi lagi, murid-murid hadir dengan pakaian tradisional yang berwarna-warni. Wajah masing-masing berseri-seri, jelas menunjukkan keterujaan untuk meraikan hari istimewa ini bersama rakan-rakan dan guru.

 

Salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan ialah sesi berkongsi makanan. Murid-murid membawa pelbagai jenis juadah dari rumah seperti kuih kapit, limau mandarin, kek dan biskut. Mereka saling bertukar makanan dan menikmati hidangan bersama-sama. Suasana riuh dengan gelak tawa dan semangat perpaduan terjalin erat melalui aktiviti ini.

 

Di dalam kelas pula, aktiviti mewarna telah dijalankan. Murid-murid mewarna gambar bertemakan Tahun Baharu Cina dengan penuh kreativiti, menjadikan suasana kelas semakin ceria dan bermakna. Pihak PIBG turut menyampaikan angpau kepada murid-murid sebagai tanda penghargaan dan berkongsi kegembiraan sempena perayaan ini. Murid-murid kelihatan sangat teruja dan bersyukur menerima angpau tersebut.

 

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik. Murid-murid dari kelab tarian mempersembahkan tarian dan nyanyian lagu Tahun Baharu Cina dengan penuh semangat dan keyakinan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Persembahan tersebut benar-benar menghiburkan dan menceriakan suasana.

 

 

Leave a Reply