Program Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah telah dianjurkan oleh OK9 Tanjung Aru



 

3 November 2020 – Selasa, Program Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah telah dianjurkan oleh OK9 Tanjung Aru. Program tersebut telah dijalankan secara maya melalui pautan
https://meet.google.com/tsp-etmd-cgo.

Sebanyak 9 buah sekolah dalam OK9 Tanjung Aru telah mengambil bahagian. Antaranya, SK Api-Api, SK Stella Maris (M), SK Tanjung Aru 1, SK Tanjung Aru 2, SK Sembulan, SRK Sacred Heart (M), SK Pulau Gaya, SK Kepayan dan SK Sri Gaya.
Seramai 36 peserta telah mengikuti program tersebut. Antaranya termasuklah Guru Besar, Guru Penyelaras Bestari dan Guru Perpustakaan Media.

Program tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Franjie Abd Rahman selaku guru ICT SK Sembulan. Objektif penganjuran program tersebut adalah untuk memantapkan ruang kandungan teknologi dalam model PSS Abad 21.

Selain itu, melalui program tersebut, dapat mewujudkan budaya bekerja secara berfokus dan Smart Working bersama guru Penyelaras Bestari/ICT.

Pengisian program yang berlangsung selama dua jam itu, termasuklah sesi soal jawab dan diakhiri dengan ucapan Pn Sabariah Binti Haris selaku guru besar SK Sembulan. Diharapkan, program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

PROGRAM KHIDMAT BANTU KELAB GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA DAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAERAH KOTA KINABALU DI SK RUMINDING.

Pada 30 September 1 dan 2 Oktober 2020 pasukan khidmat bantu Kelab GPMKK & JTKFTKK telah melaksankan dengan jayanya misi ubahsuai pusat sumber dan bilik ICT menjadi lebih kondusif untuk kegunaan pelajar dan warganya. Program ini dilaksankan 2 minggu setelah lawatan tapak oleh pasukan yang sama pada 17 Sepetember lalu.

Dalam waktu yang sama pasukan khidmat bantu GPMKK & JTKFTKK juga telah melaksankan aktiviti bersama-sama dengan pelajar SK Ruminding. Kelab GPMKK juga telah menyampaikan sumbangan buku kepada Pusat Sumber sekolah dan sumbangan barang keperluan diri serta bakul makanan untuk pelajar-pelajar SK Ruminding.

Terima kasih kepada semua rakan GPMKK dan rakan FTKK yang terlibat. Semangat juang anda telah  merealisasikan program khidmat bantu ini. Terima juga kepada Tuan Adrian Denis sebagai wakil daripada PPDKK yang bersama dalam program khidmat bantu ini. Sekalung penghargaan kepada Guru Besar dan seluruh warga SK Ruminding atas kerjasama yang diberikan.

‘One Team One Dream’. Kelab GPM Daerah Kota-Kinabalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM LEARNING WALK PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) UNTUK OK9 TANJUNG ARU

 

Pada 28 September hingga 2 Oktober 2020, GPM OK9 Tanjung Aru telah mengadakan PROGRAM LEARNING WALK PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) / Jelajah Pusat Sumber. Tujuan program tersebut ialah untuk mendapatkan amalan terbaik dan penambahbaikan pengurusan PSS dalam PLC OK9. Program ini melibatkan GPM daripada 9 buah sekolah iaitu SK Tanjung Aru 1, SK Tanjung Aru II, SK Kepayan, SK Stella Maris, SK Pulau Gaya, SK Api-Api, SK Sri Gaya, SRK Sacred Heart dan SK Sembulan. Selain itu, program tersebut turut disertai oleh beberapa orang Guru Besar dan Penolong Kanan di Tanjung Aru.

Program tersebut adalah dibawah seliaan En Mohd Idremzizan Idris daripada Unit Sumber Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran PPD Kota Kinabalu dan diketuai oleh Pn Aishah Hamid, GPMC SK Sembulan. Program tersebut telah memberi banyak inspirasi dan motivasi kepada GPM terlibat disamping membuka mata pihak pentadbir terhadap tugas dan peranan GPM di sekolah masing-masing. Semoga Pusat Sumber sekolah yang terlibat akan bertambah cemerlang.

 

 

KHIDMAT BANTU SISTEM AUTOMASI PUSAT SUMBER SK PULAU GAYA

18 September 2020 –  Pasukan fasilitator Sistem automasi Kelab GPMKK yang diketuai oleh Ketua Jurulatih PS Sentral Cikgu Nazri Salleh ( GPM SMKTTF ) telah meredah lautan ke Pusat Sumber SK Pulau Gaya untuk membimbing dan  membantu Cikgu Villot GPM SK Pulau Gaya untuk mengoperasi Sistem automasi PS Sentral.

Disamping mengoperasi sistem automasi mata kami terpukau dengan Kreativiti yang telah dizahirkan oleh cikgu Nordin ( mantan GPM ) ditambah lagi dengan sentuhan Cikgu Villot sehingga menjadikan Pusat Sumber SK Pulau Gaya sangat cantik dan selesa untuk kegunaan warganya. Tahniah dan terima kasih atas jemputan Cikgu Villot kepada kelab GPMKK.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAWATAN TAPAK KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SK RUMINDING

17 September 2020 – Seramai 8 orang Guru Perpustakaan dan Media serta 7 rakan Juruteknik Komputer Daerah Kota Kinabalu bersama dengan Encik Adrian Denis wakil PPDKK telah berkunjug ke SK Ruminding untuk mengenal pasti keperluan yang perlu untuk khidmat Bantu Pusat Sumber dan Bilik ICT yang akan diadakan pada 30 September, 1 dan 2 Oktober 2020 nanti.

Keletihan dengan perjalanan bukit bukau dan berliku yang mengambil masa 2 jam 30 minit menggunakan kereta pacuan empat roda milik rakan FT terubat dengan keindahan persekitaraan SK Ruminding yang sangat cantik, bersih dan sangat kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran ala resort yang menarik sesuai dengan anugerah yang telah dinobatkan sebagai salah sebuah Sekolah Eco Pelancongan di daerah Kota Kinabalu.

Tahniah atas semua pencapaian dan terima kasih kepada Guru Besar Encik Sani Brandi, barisan pentadbir, Guru perpustakaan dan Media Ustaz Ismail Khalil serta seluruh warga SK Ruminding atas kerjasama yang diberikan sepanjang keberadaan pasukan kami di SK Ruminding.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERBINCANGAN LAWATAN TAPAK SEBELUM EKSPEDISI KHIDMAT BANTU KE SK RUMINDING & SK KEPAYAN, GPMKK BERSAMA PASUKAN JURUTEKNIK KOMPUTER PPDKK

 

10 September 2020 – Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK TTF, Kota Kinabalu telah diadakan perbincangan kerjasama antara Kelab GPMKK dan Pasukan Juruteknik Komputer PPDKK tentang program Ekspedisi Khidmat Bantu Pusat Sumber ke  SK Ruminding  yang akan diadakan pada 30 Spetember, 1 dan 2 Oktober 2020. Manakala untuk khidmat bantu Pusat  Sumber SK Kepayan pula akan diadakan pada 7 Oktober 2020. Encik Idremzizan Idris, Pegawai ICT, PPDKK turut hadir sama dalam perbincangan yang diadakan.

Justeru itu lawatan ke tapak khidmat bantu SK Ruminding akan diadakan pada 17 September 2020. Usaha kerjasama sebegini akan lebih membuka ruang untuk GPM dan Juruteknik Komputer saling berkongsi pengetahuan dan kemahiran antara dua pihak.

Semoga usaha murni ini akan membawa manfaat kepada semua yang terlibat.

 

 

Bengkel YouTube Guru Perpustakaan Dan Media Daerah Kota Kinabalu

3 September 2020, Khamis – Seramai 44 orang peserta termasuklah 3 mentor wakil Kelab Guru Perpustakaan Dan Media Daerah Kota Kinabalu telah menghadiri Bengkel YouTube eksklusif yang dianjurkan oleh Kelab Guru Perpustakaan Dan Media bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bertempat di Pusat Sumber SM St. Francis Convent.

Bengkel kali ini telah menjemput YouTuber tempatan yang terkenal iaitu Aman Wan dan Rashiela Nurain untuk sebagai penceramah bengkel. Bengkel kali ini telah memberi banyak informasi kepada GPM berkenaan tentang cara-cara dan kemahiran untuk menghasilkan YouTube Channel masing-masing. Pada penghujung program, penghargaan juga telah diberikan kepada pengetua SM St. Francis Convent, Pn. Theresa Chong atas kesudian menjadi tuan rumah bagi program kali ini.

PROGRAM SEHARI 4 DALAM 1 KELAB GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA DAERAH KOTA KINABALU KE PAPAR

27 Ogos 2020, Khamis – seramai 7 orang termasuk seorang mentor Wakil Kelab Guru Perpustakaan & Media Daerah Kota Kinabalu telah menghadiri kursus  e-BOOK Anyflip anjuran Kelab GPM Daerah Papar  bersama PKG Daerah Papar bertempat di PKG Papar.

Sebelum itu, pada awal pagi rombongan Kelab GPMKK telah singgah lawat santai ke Pusat Sumber SK Buang Sayang. Seusai Kursus , rombongan GPMKK telah ke SM St.Joseph Papar untuk bertemu dan menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Azlan Umpai, mantan Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah KK yang kini bertugas sebagai guru di sekolah tersebut.

Pengerusi dan Timbalan pengerusi Kelab GPMKK seterusnya telah berkunjung ke SK Belatik untuk memberi khidmat bantu kepada Cikgu Eva tentang pengoperasian Sistem Automasi PS Sentral.

 

Anugerah khas Pusat Sumber Cemerlang Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Kinabalu

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalau telah mengadakan Sambutan Hari Guru versi PKP pada 19 Ogos 2020 di Ming Garden Hotel Kota Kinabalu.

Sempena majlis tersebut Penganugerahan Khas Pusat Sumber cemerlang telah disampaikan. Tahniah kepada SK Kionsom kerana telah dinobatkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu 2020. Manakala untuk sekolah menengah pula Anugerah Khas Pusat Sumber Cemerlang Sekolah Menengah Daerah Kota Kinabalu 2020 dianugerahkan kepada SMK Tebobon.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga sekolah dan Guru Perpustakaan dan Media sekolah masing-masing Cikgu Ma’azlan Md seh, SK Kionsom dan Cikgu Desmond AK Sandum, SMK Tebobon.

MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA DAERAH KOTA KINABALU

Pada 17 dan 18 Ogos 2020 jam 9 pagi bertempat di bilik Manukan PPDKK, Guru Perpustakaan dan Media telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Encik Idremmzizan Idris. Turut hadir Encik Adrian Danis Paut.

Antara perkara yang dibincangkan pelaksanaan OK9 ( PLC) melalui aktiviti yang dianjurkan  oleh Kelab GPM Daerah Kota Kinabalu.

Cadangan aktiviti kelab : 1. Hari Terbuka GPMKK. 2.Bengkel Youtube utk GPM 3.Bengkel penulisan kreatif dan bengkel melukis komik untuk pelajar  3. Lawatan Ilmu ke Tawau  4. Penyeragaman penggunaan sistem automasi PS sentral untuk GPMKK.  5. Mengemukakan cadangan memohon bangunan PKGKK lama untuk dijadikan pusat GPMKK.

 

 

Mesyuarat AJK Kelab Guru Perpustakaan & Media Daerah KK (GPMKK) kali ke 5, 2020

12 Ogos 2020 ( Rabu) – Mesyuarat Ajk Kelab GPMKK kali ke 5, 2020 telah diadakan di Bilik Mamutik, PPD Kota Kinabalu.

Encik Ma’azlan Md Seh, selaku pengerusi Kelab GPMKK telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Puan Doreen@Nursalina , Encik Idremzizan Idris dan Encik Adrian Denis Paut turut hadir dalam mesyuarat AJK GPMKK.

Dapatan mesyuarat, Kelab GPMKK akan mengadakan Hari Terbuka GPMKK, Kursus lanjutan Sistem Automasi dan Lawatan Ilmu ke Tawau.

KURSUS ASAS SISTEM AUTOMASI PS SENTRAL GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) DAERAH KOTA KINABALU

6 Ogos 2020 – Seramai 33 orang GPM dari Daerah Kota Kinabalu dan Papar telah menyertai kursus Asas Sistem Automasi anjuran Kelab GPMKK dengan kerjasama PPD Daerah Kota Kinabalu.

Kursus yang diadakan di Pusat Sumber SK Kolombong ini menampilkan 3 orang penceramah iaitu Cikgu Intan Anak Engkasan dari SK Tg.Aru 2, Cikgu Nazri Salleh dari SMK Tun Fuad dan Ustazah Faizah Abd. Rahman dari SK Kolombong. Encik Adrian dan Puan Nooriah Salim turut hadir sebagai wakil PPDKK dan Pusat Kegiatan Guru Papar. Guru Besar SK Kolombong selaku tuan rumah juga hadir bersama.

Antara Objektif kursus memberi pendedahan tentang kelebihan sistem automasi dalam mendepani cabaran tugas seorang guru.