Lahirnya seorang Digital Innovator Tapir Hero dari SMK SANZAC.

Piawaian Kompetensi Digital (DCS) telah dikembangkan bersama oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk mengukur tahap kecekapan digital belia Malaysia ke arah mempersiapkan mereka untuk masa depan tenaga kerja. DCS menggunakan pendekatan gamifikasi yang mengukur tahap kecekapan digital. Pada tahun ini, seramai 20 pelajar Tingkatan 3 dan 20 pelajar Tingkatan 5 SMK SANZAC telah mengambil bahagian dalam gamifikasi “Tapir Hero – Kembalikan Matahari” peringkat Kebangsaan di rumah semasa tempoh pelaksanaan PKPB. Admin sekolah bagi DCS ialah Guru Penyelaras Bestari, Puan Nowenna Willie D Tamsin. Pendaftaran pelajar telah dijalankan di rumah masing-masing dengan bantuan Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK SANZAC, Cik Ho Nyuk Ting dan juga Ketua Panitia ASK/SK, Puan Noor Ashikin. Walaupun dalam kekangan yang dihadapi semasa pelaksanaan PKPB, DCS 2020 telah dijalankan dengan jayanya dan kesemua 40 pelajar telah berjaya melepasi 20 peringkat dalam gamifikasi digital tersebut. Tidak ada seorang pun pelajar yang gagal dalam menghadapi cabaran dalam gamifikasi tersebut. Semua pelajar SMK SANZAC layak mendapat sijil Peringkat Kebangsaan daripada MDEC dan KPM. Di sini ingin saya maklumkan, terdapat seorang pelajar Tingkatan 5 SMK SANZAC yang mencapai peringkat tertinggi dalam gamifikasi digital tersebut. Mohamad Afiq Iskandar telah layak dan diiktiraf mencapai tahap Digital Innovator. Tahniah diucapkan kepada pelajar ini.

 

Terima kasih Cikgu Suziahnie, Sugiharto dan Suzanah

 

Daripada PPD Kota Kinabalu mengucapkan jutaan terima kasih dengan segala kerjasama yang diberikan kepada PPD semasa bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Tahniah kepada cikgu Suziahnie Ishak yang akan berpindah ke JPN, cikgu Sugiharto Sugimin menjadi Penolong Kanan 1 di Sk Kolombong dan cikgu Suzanah Awang menjadi Guru Besar SK Bantayan, Kota Kinabalu.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=HUuWLdcqetc[/embedyt]

PKPPD 2019 PPD Kota Kinabalu

Tahniah kepada PPD Kota Kinabalu dibawah pimpinan Puan Tah Nia Bte Hj Jaman dengan Oasis Kecemerlangan 9 – OK9 yang tunjang modul kepimpinan PPD Kota Kinabalu semenjak dia mengambil alih pengurusan PPD Kota Kinabalu. PPD Kota Kinabalu telah mendapat 5 bintang dengan lonjakan 2018 95.99% -(4 bintang) -meningkat kepada 98% (5 bintang). Moga dengan Penarafan Kecemerlangan ini PPD Kota Kinabalu akan terus bersaing untuk memanafaatkan masyarakat. Terima kasih kepada Tuan Halim dan Tuan Makmur yang menjadi  verifikator untuk PPD Kota Kinabalu – 13 & 14 Oktober 2020 yang dilaksanakan secara online dengan Tuan Abd Halim Bin Abd Rahim dan lapangan bersama Tuan Makmur bin Ibak

Bersama Tuan Makmur

 

Puan Sharifah Ali, menjadi pengacara Majlis PKPPD 2019

 

Majlis Pembukaan PKPPD 2019 pada 13 Oktober 2020

 

Photo :  Adrian Denis Paut

JOM SERTAI PERTANDINGAN KUIZ SUKAN DAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI SABAH 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

PERTANDINGAN KUIZ SUKAN (KOKURIKULUM) DAN TKRS PERINGKAT NEGERI SABAH 2020 DALAM TALIAN

DIKELOLAKAN
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan SK Gudon

Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 

TARIKH PERTANDINGAN
SEHINGGA 30 Jun 2020

TERBUKA KEPADA SEMUA MURID SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SABAH

 

KUIZ TKRS
Kuiz TKRS Peringkat Negeri Dalam Talian ini terbuka kepada semua ahli Persatuan TKRS (Sekolah Rendah). Murid yang mendapat 90 markah ke atas akan mendapat sijil (auto-generate).
Sijil pengiktirafan di Peringkat Negeri diberikan. Selamat mencuba.

Link kuiz : https://forms.gle/ZrpvUGRWffV1P47S7

KUIZ SUKAN PERMAINAN
Pertandingan Kuiz Sukan dan Permainan Peringkat Negeri Dalam Talian
Pertandingan kuiz ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di negeri Sabah. Semua jawapan mesti dihantar pada atau sebelum 30 Jun 2020. Selamat mencuba

Sila klik pautan di bawah untuk menjawab kuiz.
http://gg.gg/KuizSukanPermainan-PeringkatNegerisabah

 

#staySafe
#kitajagakita

KEM KEPIMPINAN PERDANA BADAN-BADAN KHAS PEMIMPIN MURID SEKOLAH MAKTAB SABAH 2020.

Pada 14-15 Februari 2020, telah berlangsung Program Kem Kepimpinan Perdana Murid Maktab Sabah di Maktab Sabah.
Kem Melibatkan sebanyak 9 badan-badan khas pemimpin murid iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas PRS, Pengawas YER, Pengawas SPBT, Pengawas AMAL, Pengawas Bridged Bestari dan BAKTI.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kem adalah seperti Ice Breaking, Team Building, Perhimpunan Patriotik, Role Model dan Dare to Lead.
Objektif Kem adalah untuk Menyalurkan pengetahuan mengenai kepimpinan dan membina keyakinan diri dalam kalangan pemimpin murid. Membantu pemimpin murid bertanggungjawab terhadap jawatan yang disandang dan melahirkan pemimpin murid yang menjadi suri teladan yang boleh diteledani.
Pn. Lilly William selaku pengarah program Kem Kepimpinan ini mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dan juga beliau mengucapkan terima kasih kepada pentadbir Maktab Sabah, semua AJK guru-guru dan juga sukarelawan dari Unimas dan USIM yang juga merupakan bekas-bekas pemimpin murid di Maktab Sabah.

Kejohanan Badminton Bawah 15 Tahun MSSD

Pada 5 – 7 Feb 2020, telah berlangsungnya pertandingan Kejohanan Badminton Bawah 15 Tahun MSSD peringkat Daerah Kota Kinabalu. Pertandingan di anjurkan oleh SMJK Shan Tao dan diadakan di Dewan SMJK Shan Tao. SM All Saints merupakan juara keseluruhan dengan mendapat 2 emas dan 3 perak. Seramai 6 orang pemain akan mewakili Kota Kinabalu ke peringkat negeri.

Pencapaian Pelajar: 

– Carlester Cleve James    – Johan Perseorangan Lelaki 

                                           – Johan Bergu Lelaki 

– Darrall Leonard Edmund  – Naib Johan Perseorangan Lelaki

                                              – Naib Johan Bergu Lelaki

– Muhd. Arif Jun Ket Bin Chong Ken Yi   -Johan Bergu Lelaki  

– Hafuz Hakimi Bin Hashim   -Naib Johan Bergu Lelaki.

– Teh Xiao Jing    – Naib Johan Bergu Perempuan 

– Cheryl Anis Natasha   – Naib Johan Bergu Perempuan

Sambutan Hari Raya PPD Kota Kinabalu

Sambutan Hari Raya di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dengan kehadiran para tetamu jemputan ke PPD Kota Kinabalu

Puan PPD Kota Kinabalu Tah Nia Bte Jaman bersama YB Tan Lee Fatt ADUN Likas

Unit Pengurusan Maklumat & ICT

Daripada Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan PPD Hulu Selangor

Bersama Tuan Umin Hj Sadi dan Puan Ruhailly Asmari yang sudi bersama Raya PPDKK

Puan PPD dan Suami

Terima kasih Pengetua MSU

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Bengkel Pesanan Buku Teks SPBT Pembekalan 2019 Kegunaan 2020

Sesi bengkel pengisian pesanan dalam sistem eSPBT berlangsung pada 20 hingga 21 Mac 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat ,SJK(C) ST.James,Likas.

20 Mac 2019 | Sekolah Rendah ( SK )

21 Mac 2019 | Sekolah Rendah (SJK(C)/SM/SMK/SMKA/SMESH/INTEGRITI/PPKI

Guru Penyelaras SPBT dipesan agar memastikan pengisian mengikut keperluan sekolah berdasarkan Unjuran Enrolmen Murid,Maklumat Stok ( pra pesanan ) dan penetapan subjek tahun 2020.

Bahan-bahan boleh diperoleh melalui link ini.http://bit.ly/2tKRfiE

BENGKEL eSPBT PESANAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2019 PPD KK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan/puan Guru Penyelaras SPBT.

SR(SK& SJK(C) /SM/SMK/SMKA/PPKI/INTEGRITI

Bengkel eSPBT Pesanan Buku Teks Tahun 2018 Kegunaan 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 13 Mac 2018 | SR SK

14 Mac 2018| SR SJK(C) /SM/SMK/SMKA/PPKI/INTEGRITI

Masa      : 7.30am-4.30 pm

Tempat : Bilik Sri Manukan,Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

Kehadiran : Wajib

Mulai Tahun 2018,pesanan Buu Teks DLP telah dimasukkan ke dalam senarai perdana. Oleh yang demikian,Guru Penyelaras SPBT bagi sekolah DLP perlu sediakan data pra pesanan juga. Berikut dokumen softcopy panduan dan borang boleh dimuat turun sebagai persediaan semasa bengkel tersebut.

Harap maklum. Terima kasih.

Pegawai Meja SPBT

Abdul Zani Ebnu Hassan

TAKLIMAT PENGURUSAN PPDa 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Info untuk Guru-Guru Penyelaras PPDa Sekolah.

Taklimat Pengurusan PPDa Bil.1/2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13/02/2018

Masa: 8.30 am-3.00 pm

Tempat: Bilik Sri Manukan

Panduan Pengurusan PPDa boleh dimuat turun seperti dilampirkan.

Bagi bahan keseluruhan boleh klik link http://bit.ly/ppdakk17 atau pun scan qr code di bawah.

“Wake Up Call PK HEM” menangani isu awal persekolahan

>

SK Sri Gaya lokasi “Wake Up Call PK HEM” bagi sesi 2018 telah berlangsung pada 17 Januari 2018. Fokus utama adalah Tatacara Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan KPM dan Pematuhan SOP Hal Ehwal Murid telah disampaikan oleh Mohd.Adli Mahali ,Ketua Unit ,Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD KK.

Dua orang tetamu jemputan iaitu Dr.Aldrina Lawrence berkongsi Penjagaan dan Pemeriksaan Kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah serta permulaan bagi rekod eRKM yang akan dilaksanakan mulai tahun 2018 sementara Tatacara Menangani Salah laku dan Kesalahan Disiplin Pelajar oleh DSP  Hajah Kalsum Hj.Idris KBPJKKD Kota Kinabalu.

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Video by Ramli Carlo

85 buah sekolah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD

20 Januari – Pegawai Pendidikan Daerah ,Umin Bin Hj.Sadi telah merasmikan Kejohanan Merentas Desa MSSD Kota Kinabalu 2018. Sebanyak 85 buah sekolah telah menyertai termasuk sekolah swasta sekitar Kota Kinabalu. Seramai 250 orang pelajar telah menyertai kejohanan kali ini. SMK Taman Tun Fuad telah dipilih menjadi lokasi kejohanan edisi 2018 memandangkan pengalaman pentadbir dalam kejohanan seumpamanya. Salam ‘Dare To Change’ PPDKK. Semua atlit . Kamu ‘awesome’…

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Video by masdi mus

Program Ziarah Kasih ‘Happy 2 School’ Parlimen Putatan

14 Januari 2018.  Program Ziarah Kasih ‘Happy 2 School ‘telah berlangsung di Dewan Sri Putatan. Empat buah sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu terlibat dalam program berkenaan. SMK Pulau Gaya,SK Pulau Gaya,SK Pulau Sepanggar dan  SK Tanjung Aru 1 . Program tersebut telah berlangsung di Dewan Sri Putatan. Wajah riang terpancar pada muka murid-murid yang menerima bantuan keperluan sekolah yang disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Yahya Hussin ,Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Video by Ramli Carlo

CHEER UP! TAKLIMAT AWAL TAHUN PENGURUSAN SPBT 2018

Salam sejahtera Guru Penyelaras SPBT. Tuan/puan dijemput menghadiri Taklimat Awal Tahun Pengurusan SPBT 2018 pada 15 Januari 2018 bertempat di Bilik Sri Manukan PPD KK. Laporan Kekurangan & Kelebihan sekolah masing-masing wajib dibawa bersama bagi melicinkan proses Agihan Dalam Daerah. Surat panggilan taklimat dan Bengkel Jual Beli serta Bahan Pengurusan SPBT PPDKK boleh dimuat turun bagi rujukan dan simpanan tuan/puan.

link Bahan Pengurusan SPBT PPD KK http://bit.ly/SPBTKK17

Unit Pembangunan Kemanusiaan