Majlis Khatam Al-Quran & Bingkisan Kasih Ramadan 2025 SMK Taman Tun Fuad

Majlis Khatam Al-Quran & Bingkisan Kasih Ramadan 2025 SMK Taman Tun Fuad

21 Mac 2025 – Satu Majlis Khatam al-Quran & Bingkisan Kasih Ramadan telah diadakan di peringkat sekolah. Seperti yang diketahui umum, bulan Ramadan adalah satu anugerah agung daripada Allah SWT kepada umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan. Oleh itu, SMK Taman Tun Fuad di bawah Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan beberapa program seperti Tadarus al-Quran, Tazkirah, Iftar dan bersedekah sepanjang bulan Ramadan ini. Majlis Khatam al-Quran ini melibatkan 23 orang murid Muslim manakala penyerahan sumbangan Bingkisan Kasih Ramadan ini telah disampaikan kepada 53 orang murid Muslim yang terpilih dalam setiap tingkatan. Lantaran itu, program ini dapat mewujudkan keakraban dan rasa seronok melakukan amal ibadat dalam bulan Ramadan dan melahirkan rasa bersyukur dengan segala nikmat dan dapat berkongsi dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka SMK Taman Tun Fuad ini dimulakan dengan bacaan Yasin dan diteruskan dengan ucapan Penutupan Perasmian Program Ihya’ Ramadan oleh Puan Pengetua, Puan Halija binti Haji Jonggang serta gimik Penutupan Perasmian Program Ihya’ Ramadan. Seterusnya, majlis Khatam al-Quran dan sesi penyampaian sijil dan saguhati kepada peserta Khatam al-Quran. Terakhir, penyerahan sumbangan Bingkisan Kasih Ramadan kepada 53 orang murid Muslim. Majlis ini tamat pada pukul 8.30 pagi.

    Sesi fotografi barisan pentadbiran sekolah bersama penyelaras majlis

Khatam al-Quran dan penyerahan sijil serta saguhati kepada peserta Khatam al-Quran yang melibatkan 23 orang murid Muslim
Penyerahan sumbangan Bingkisan Kasih Ramadan kepada murid-murid Muslim yang terpilih

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply