Maktab Sabah

Majlias Anugerah Kecemerlangan Maktab Sabah 2019 Edisi 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maktab Sabah 2019 bagi edisi 2018 telah berlangsung pada 9 April 2019. Majlis Anugerah yang dilaksanakan khas untuk memberi pengiktirafan kepada kejayaan pelajar Maktab Sabah atas pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kokurikulum. Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah itu telah dirasmikan oleh Ybhg. Encik Umin Hj. Sadi A.D.K, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, dalam ucapan beliau agar semua pelajar yang telah mendapat kecemerlangan tahun 2018 agar dapat…


Pelajar Maktab Sabah Johan Di Kejohanan Asia Pacific ITF Taekwon-Do (School)

Pada 29-31 March 2019 telah dilangsung Asia Pacific ITF Taekwon-Do (School) Championship di MSU Shah Alam Selangor. Pelajar Khairul Adli B.Ade Rizal Pahlevi dari tingkatan 2 Aman, telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Khairul Adli B.Ade Rizal Pahlevi telah memperoleh pingat Emas dalam kategori pattern- individu. Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan tahniah atas pencapaian pelajar ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi motivasi kepada beliau untuk lebih cemerlang dalam mana-mana kejohanan yang akan datang.


Naib Johan English Parliamentary Debate Peringkat Daerah KK

Pada 1-2 April 2019 telah berlangsung pertandingan English Parliamentary Debate Peringkat Daerah Kota Kinabalu di SM All Saints Kota Kinabalu. Seramai 5 orang pelajar telah mewakili sekolah iaitu Joseph Alexander Chang, Alyssa Grace Jidon, Dayang Iffa Irdina Mad Salleh (5Mu), Sean Dylan George Suresh (4Mu) dan Keeahn Ethan Teh (3Mu). Dalam pertandingan English Parliamentary Debate Peringkat Daerah KK, Pasukan Maktab Sabah telah dinobatkan sebagai Naib Johan. Selain daripada itu, Joseph Alexander Chang telah muncul sebagai…


Skip to toolbar