Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMK Taman Tun Fuad Tahun 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMK Taman Tun Fuad Tahun 2025

25 April 2025 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijalankan bertempat di sekitar dewan SMKTTF, dan kawasan kantin sekolah. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru-guru dan murid-murid, menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan Syawal, memupuk minat terhadap aktiviti-aktiviti persembahan bertemakan Hari Raya Aidilfitri dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Sokongan padu daripada semua guru, murid dan ibu bapa telah membantu menjayakan program ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Puan Halija Bt Hj. Jonggang, pengetua SMK Taman Tun Fuad ini turut dimeriahkan oleh Tuan Kassim Bin Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Pegawai-pegawai dari PPDKK , pengetua-pengetua dan Guru Besar daerah Kota Kinabalu,  PIBG, Pegawai Perhubungan Polis dan jemputan-jemputan lain. Murid-murid, guru-guru, AKP, pekerja pembersihan serta keselamatan berbilang bangsa dan agama sama-sama meraikan majlis ini. Selain daripada jamuan Aidilfitri, pertandingan “booth” terbaik dan nyanyian lagu-lagu Hari Raya juga dijalankan. Keharmonian dan keakraban guru serta murid yang berbilang agama dan bangsa ini dapat dilihat melalui kerjasama dalam menyediakan juadah, “booth” kelas dan memakai pakaian bertemakan Hari Raya. Sesungguhnya program seumpama ini telah dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bertoleransi.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Pn. Halija Bt Hj Jonggang, pengetua SMKTTF
Tuan Kassim Bin Wiro, Timbalan PPD dan jemputan lain turut memeriahkan majlis

Prof. Dr Morni Kambrie, YDP PIBG dan exco PIBG lain turut memeriahkan majlis

Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah
Persembahan tarian sambut tamu oleh murid-murid PPKI
Penyampaian hadiah pemenang “booth” kelas terbaik

Guru dan AKP turut memeriahkan jamuan Hari Raya kelas bersama murid-murid

Jamuan Hari Raya kelas

Jamuan guru-guru, AKP dan pekerja pembersihan/keselamatan sekolah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply