Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Pada 06.04.2019 adik Siti Radzma Bt Mohammad Sairi, murid SK Pulau Gaya telah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai JOHAN bercerita kisah Al-Quran Kategori Perempuan dalam MTQSS Peringkat Bahagian Barat. Adik Siti Radzma akan mewakili Daerah Kota Kinabalu ke MTQSS Peringkat Negeri Sabah pada 26.04.2019. Tahniah adik Siti Radzma. Tahniah juga kepada jurulatih iaitu Ustazah Nabilah Farhana Noh dan Ustaz Jasmi Abbas. Semoga Adik Siti Radzma kekal juara pada masa akan datang.
SMK Tebobon (17/04/2019) – Latihan dan Ceramah Kebakaran oleh para pegawai bomba dari Pejabat Bomba Daerah Kota Kinabalu.
SMK Tebobon (15/04/2019) – Tahniah kepada Guru Muda yang dilantik oleh Panitia Bahasa Melayu untuk membimbing 23 pelajar dalam menguasai kemahiran asas. Tahniah juga kepada PIBG SMKT atas sokongan penuh kepada program ini untuk tahun ketiga.
Intan Kampus (16/04/2019) – SMK Tebobon telah menerima Anugerah Sijil Pengiktirafan EKSA (Cemerlang). Tahniah diucapkan kepada kepada warga sekolah.
SMK Tebobon (15/04/2019) – Majlis Penyerahan Padang dan Mini Astaka SMK Tebobon. Disempurnakan oleh Datuk Hj Ruji, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan. En. Ajmal Hj. Jumah mengiring Datuk Hj. Ruji melawat Padang dan astaka dalam kunjungan ini.
Pasukan bola sepak Maktab Sabah telah mencapai kejayaan berganda dalam pertandingan bola sepak peringkat MSSD Kota Kinabalu Zon 1. Pasukan Maktab Sabah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Bawah 18 Tahun (U18) dan Pasukan Bawah 15 Tahun (U15). Kedua-dua pasukan telah memasuki perlawanan peringkat akhir dan bertemu dengan pasukan bola sepak SM La Salle. Kategori U18 Maktab Sabah telah muncul johan setelah mengalahkan pasukan SM La Salle dengan jaringan 2-0 dan Kategori U15 Maktab Sabah telah
15/04/2019 – Kolej Matrikulasi Labuan telah mengunjungi SMK Tebobon untuk memperkenalkan Projek Inovasi Ms Marvel kepada warga sekolah. En. Byron Mc Michael Kadum, Timbalan Ketua Unit Kimia (Pensyarah Kimia)  memberikan taklimat kepada pelajar 4 ST dan 4 STEK berkaitan dengan projek inovasi tersebut. En. Byron ditemani dengan 4 bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan dalam kunjungan ini.
SMK Tebobon (15-18/04/2019) – Program Perkampungan Ilmu Perdana Fasa 1 telah berlangsung dan kumpulan yang terlibat ialah Intan dan Zamrud. Subjek-subjek yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains Teras, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Geografi, Fizik, Perniagaan, Kimia, Ekonomi dan Matematik Tambahan.
Kelab Malaysiaku SMK Inanam dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanrara (SPR) dan Jabatan Penerangan Kota Kinabalu, hari ini telah menjalankan aktiviti Simulasi Pilihanraya dengan penyertaan 58 pengundi dari Kelab Malaysiaku dan ahli Pengakap sebagai pembantu pilihanraya. Pihak SPR telah menyediakan peralatan pilihanraya yang sebenar dan prosedur pelaksanaan juga adalah mengikut kaedah pilihanraya sebenar. Aktiviti bermula dengan proses berkempen antara 2 calon iaitu Adik Aminah Jasnim dan Adik Nadira Aljan bagi perebutan kerusi Pengerusi Kelab Malaysiaku. Seterusnya proses
Skuad SSMS memperolehi 2 emas, 4 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Sarawak yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 13 dan 14 April 2019. Kebanyak atlet adalah terdiri daripada atlet Prauniversiti dengan diiringi oleh En. Suhaimin Bin Kinsoi dan En. Mohd Farzurullah Bin Rosli selaku jurulatih utama skuad ini.
Seramai 13 atlet memanah dari SSMS telah menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan yang diadakan di Kompleks Sukan Taman Keramat bermula pada 10 hingga 14 April 2019. Pencapaian terbaik ialah adik Thera Dellstey dan Ardina Banadus berjaya sampai ke peringkat suku akhir kategori kompaun wanita.
Kejohanan Golf MSSM telah berlangsung pada 6-10 April 2019 di Wilayah Persekutuan, Labuan. Adik Dylan Jayden Darius dari SJK (C) Yick Nam Inanam telah mewakili Sabah dalam Kejohanan Golf MSSM bagi kategori bawah 12 tahun (Lelaki). Tahniah diucapkan kepada Adik Dylan di atas penglibatannya yang aktif sehingga ke peringkat kebangsaan.
Kejohanan Bola Keranjang MSSM telah berlangsung pada 24-29 April 2019 di Kuantan, Pahang. Adik Nur Sufiya Amani dari SJK (C) Yick Nam Inanam telah mewakili Sabah dalam Kejohanan Bola Keranjang MSSM bagi kategori bawah 12 tahun (Perempuan). Tahniah diucapkan kepada Adik Nur Sufiya di atas penglibatannya yang aktif sehingga ke peringkat kebangsaan.
Skip to toolbar