1 Disember 2025 – Pendaftaran tingkatan 1 sesi 2026 telah dijalankan di dewan Taman Tun Fuad bermula jam 7:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Antara objektif program ini dijalankan ialah mengurus penerimaan dokumen murid dengan cekap, membuat kutipan sumbangan PIBG dan bayaran barangan keperluan murid, melaksanakan agihan barangan koperasi dengan lancar dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Antara pengisian program ialah semakan dokumen murid perdana, semakan dokumen murid PPKI, semakan bayaran keperluan koperasi, semakan sumbangan PIBG dan pemilihan rumah sukan. Setakat hari ini, seramai 129 orang murid aliran perdana dan 14 orang murid PPKI telah mendaftar. Sebanyak 13 buah sekolah saluran yang telah disenaraikan untuk mendaftar di SMK Taman Tun Fuad. Kaunter Hong Leong Bank juga dibuat bagi menggalakkan ibu bapa membuka akaun anak masing-masing untuk menggalakkan penggunaan “cashless” di kantin dan koperasi sekolah. Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar dan diharapkan SMK Taman Tun Fuad akan terus cemerlang dalam melahirkan murid-murid yang berjaya dalam pelbagai aspek.






