Syawal menjelma membawa sinar kegembiraan setelah sebulan kita menempuh madrasah Ramadan yang penuh keberkatan. Warga SJKC St. James menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa syukur, keinsafan dan semangat kebersamaan. Sambutan ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga medan untuk menghayati nilai murni seperti kesabaran, keikhlasan dan kemaafan yang telah dipupuk sepanjang Ramadan.
Majlis yang berlangsung meriah ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid di mana semua warga sekolah tanpa mengira latar belakang berhimpun bersama. Senyuman yang terukir jelas menggambarkan kegembiraan berkongsi rezeki dan kebahagiaan bersama.
Selain itu, sambutan ini turut menanamkan sifat pemurah dan pemaaf dalam kalangan murid dimana selaras dengan nilai-nilai murni yang dituntut dalam Islam.
Sesungguhnya, “Syawal Menjelma” bukan sekadar tanda berakhirnya Ramadan tetapi juga merupakan permulaan kepada pembentukan insan yang lebih berakhlak mulia. Diharapkan semangat Ramadan akan terus mekar dalam jiwa setiap warga sekolah, menjadikan mereka insan yang lebih baik pada masa hadapan.



