25 April 2026 – Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Taman Tun Fuad tahun 2025, Kali ke-25 sempena sambutan Jubli Perak telah dijalankan bertempat di dewan Taman Tun Fuad. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk memberi penghargaan kepada guru mata pelajaran kelas peperiksaan, memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum, mendorong semua pelajar SMK Taman Tun Fuad agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan, memupuk kerjasama, mengeratkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah serta mendorong semua pihak untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang, membudayakan pengurusan KBAT dalam kalangan ahli jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Sekolah kali ke-25.
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Kassim bin Hj. Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan Daerah, PPD Kota Kinabalu mewakili En. Johari @ Jaibet bin Sabin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Majlis turut dihadiri oleh para jemputan khas yang terdiri daripada Prof.Dr.Morni bin Kambrie, Yang Di Pertua PIBG, Tuan Haji Makrup bin Tammu, NYDP1, Pn. Norinda binti Majid, NYDP2, Pn, Hajar Ambolou, wakil MSU Sabah, Datuk Jannie Lasimbang, Pusat Khidmat DAP Penampang, wakil daripada syarikat keselamatan dan kebersihan SMK Taman Tun Fuad serta Datin Hjh, Sudina @ Sulina binti Hj. Sonte.
Antara pengisian program ialah persembahan tarian sambut tamu daripada murid-murid PPKI, persembahan sajak, penyampaian anugerah khidmat bakti, anugerah kurikulum, anugerah pencapaian kokurikulum, anugerah peperiksaan awam (SPM 2025), anugerah khas, tayangan multimedia, dan ucapan tokoh pelajar. Adalah diharapkan agar majlis ini menjadi pemangkin dalam melahirkan modal insan yang cekal, berwawasan dan berakhlak tinggi bagi merealisasikan matlamat dan harapan negara.

















