Majlis Perpisahan Guru SK Lok Yuk Likas, Encik Liuh Bin Gindong.

12 Tahun Bersamamu, Jasamu Dikenang. 18 Ogos 2020 adalah tarikh di mana majlis perpisahan buat mantan Guru Besar Encik Liuh Bin Gindong diadakan. Majlis disambut dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan dengan dihadiri oleh warga sekolah, PIBG, PIBK sekolah.

Kemudian pada tarikh 20 Ogos 2020, bertempat di Magellan Sutera Harbour Hotel telah diadakan majlis perpisahan bersama PPD Kota Kinabalu, Ahli Lembaga Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti sekolah.

Cendera kenangan dari PIBG kepada mantan GB, Encik Liuh Bin Gindong
Ucapan dari insan yang diraikan, Encik Liuh Bin Gindong.
Ucapan Aluan dari wakil PPD Kota Kinabalu, Puan Hjh Saripah Ghul Hassan.
Ucapan dari Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Encik Robert.
Ucapan dari Tuan Guru Besar yang baharu Encik Fo Nee Khen

 

 

Terima kasih Encik Liuh Bin Gindong untuk 12 tahun bersama SK Lok Yuk Likas. Selamat datang buat Encik Fo Nee Khen, Guru Besar baharu SK Lok Yuk Likas.