22-24 Mei 2025 – Kejohanan sukan balapan dan padang serta sukantara SMK Taman Tun Fuad kali ke-23 tahun 2025 telah dijalankan dengan jayanya dengan melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga 5 termasuk murid PPKI bertempat di padang sekolah dan stadium Penampang. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk melahirkan warga murid yang mempunyai sifat berdaya saing dalam pelbagai aktiviti di sekolah, mencungkil bakat murid dalam acara sukan sekolah dan dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah, bahagian dan negeri,  memberi peluang kepada murid untuk mendapat markah penilaian yang baik dalam kokurikulum di sekolah, memberikan keutamaan dan merapatkan hubungan ukhuwah dalam kalangan warga murid melalui kegiatan sukan dan memupuk budaya bersukan agar menjadi amalan gaya hidup sihat, dan mengamalkan budaya KBAT dalam aktiviti pengurusan sukan tahunan.

Majlis yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Morni Kambrie, Yang Di Pertua PIBG ini turut dimeriahkan oleh semua guru dan murid serta para ibu bapa. Selain itu, penilaian perbarisan lintas hormat telah dinilai oleh En. Jumadil Bin Kahar selaku Pemimpin Pengakap daerah Putatan dan En. Muhammad Firdaus Joseph Abdullah.

Keputusan keseluruhan mencatatkan rumah merah bara sebagai juara, rumah biru bayu tempat kedua, rumah hijau tropika tempat ketiga manakala rumah kuning diraja tempat keempat.Olahragawan untuk kategori lelaki 18 tahun ialah Ellian dari rumah merah bara, Ashley Fidelis dari rumah kuning di raja untuk kategori lelaki 15 tahun, Nur Aliah Batrisyia Bt Madley dari rumah biru bayu untuk kategori perempuan 15 tahun manakala Alina Bt Moukin dari rumah merah bara untuk kategori perempuan 18 tahun.

Kejohanan sukan tahunan ini telah berlangsung selama tiga hari dengan gilang-gemilang hasil kerjasama semua guru serta murid. Semua murid diberi peluang untuk menyertai pelbagai acara dan bersaing secara sihat. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan terhadap anak masing-masing. Sokongan padu daripada semua guru, murid dan ibu bapa telah membantu menjayakan program ini. Diharapkan SMK Taman Tun Fuad dapat melahirkan murid yang dapat bersaing diperingkat daerah mahupun negeri dalam pelbagai acara yang disertai.

Acara lompat tinggi dijalankan di padang sekolah
Acara lompat jauh dan lontar peluru dijalankan di padang sekolah

Acara lontar peluru kategori PPKI dijalankan di padang sekolah
Acara larian untuk kategori lelaki
Acara larian untuk kategori perempuan
Perbarisan lintas hormat rumah merah bara
Perbarisan lintas hormat rumah biru bayu
Perbarisan lintas hormat rumah kuning diraja
Perbarisan lintas hormat rumah hijau tropika
Perbarisan lintas hormat PPKI
Perbarisan lintas hormat dari pasukan kawad sekolah
Acara penyampaian hadiah

Upacara menaikkan bendera kejohanan
Upacara menaikkan bendera kejohanan

Leave a Reply