10 Jun 2025 – Sambutan Hari Raya Korban anjuran panitia pendidikan Islam dengan kerjasama unit hal ehwal murid dan PIBG SMK Taman Tun Fuad telah dijalankan di perkarangan bangunan PPKI dan bilik Pisompuruan. Antara objektif program ini dijalankan ialah utuk meraikan Aidiladha sebagai hari kebesaran umat Islam, meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan guru dan murid, memupuk kemahiran pengurusan majlis secara KBAT dalam kalangan guru dan murid dan memberi pendedahan pelaksanaan sembelihan kepada murid Islam tingkatan 4

Aidil Adha merupakan perayaan yang disambut umat Islam pada 10 Zulhijjah setiap tahun di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar bagi umat Islam selain hari raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidil Adha merupakan perayaan yang istimewa sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran puteranya Nabi Ismail a.s dalam menunaikan perintah Allah SWT. Selain daripada pentadbir sekolah, guru-guru, AKP dan murid-murid tingkatan 4, program ini turut disertai oleh PIBG yang diketuai oleh Prof Dr. Morni, selaku YDP PIBG.

Antara pengisian program ialah taklimat dan agihan tugas kepada murid muslim tingkatan 4, sembelihan, melapah, memotong daging, menimbang, membungkus daging, pengagihan daging korban dan jamuan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan lagi keakraban dan ukhuwah dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid-murid SMK Taman Tun Fuad selain melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan.

Kerja-kerja sembelihan, melapah dan menimbang daging korban dijalankan
Amali pelaksanaan sembelihan untuk murid-murid muslim tingkatan 4
Agihan daging korban kepada wakil AKP
Agihan daging korban kepada wakil pekerja pembersihan
Agihan daging korban kepada wakil pekerja keselamatan
Agihan daging korban kepada wakil pekerja kantin
Agihan daging korban kepada murid-murid
Agihan daging korban kepada murid-murid Tingkatan 4
Ketibaan pengetua, YDP PIBG dan ahli PIBG yang lain
Kerja-kerja memasak dilakukan dari dapur PPKI
Sembelihan dilakukan oleh guru-guru, PIBG dan pekerja sekolah

Jamuan pentadbir bersama PIBG dan guru-guru

Leave a Reply