March 2018

Muhd Tirmidzi dari SK Likas No.4 Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan

Johor Bahru, 21 Mac 2018…sejarah tercipta apabila seorang daripada 11 peserta dari Sabah iaitu adik Muhd Tirmidzi Abdul Sahim murid Tahun 4 dari SK Likas mendapat tempat ke-4 @top 5 dalam Malaysian National Youth Chess Championship baru-baru ini. Beliau yang bertanding dalam kategori U10 bersama-sama dengan 51 peserta dari negeri lain. Menurut jurulatihnya iaitu Cikgu Pacik Sarah & ayahnya Abdul Sahim, kejayaan mizi melayakkannya mewakili Malaysia dalam pertandingan catur peringkat international di Thailand pada bulan…



E-Buku Dalam Tiga Bahasa Telah Disediakan Di Pusat Sumber SJKC Lok Yuk Likas

Pada 21 Februari 2018, 3 pelajar IPG iaitu Kenneth Yong Hua An, Tan Lay Ni dan Tsen Mui Ling telah menjalankan Internship di SJK (C) Lok Yuk, Likas. Mereka telah mendapati bahawa perpustakaan di sekolah tersebut boleh diperbaiki lagi. Oleh yang demikian, satu projek Pembangunan Pusat Akses telah dicadangkan dan dilaksanakan pada 7 March 2018 selepas mendapat kewangan dan kebenaran daripada pihak sekolah. Projek tersebut berlangsung selama 1 minggu dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Sebelum…


Naib Johan Qariah MTQSS Kota Kinabalu

14 Mac 2018 (Rabu) – Tahniah kepada adik Alya Maysarah Binti Muhamad Najib yang telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan Qariah MTQSS Kota Kinabalu. Tahniah juga kepada Ustaz. Mohd. Syaiful Azlan Bin Abu Yazid atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada adik Alya.             


SK Tobobon Tempat Ketiga Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Kota Kinabalu

Rabu 14 Mac – Pertandingan nasyid peringkat daerah telah diadakan di SMKA Tun Ahmad Syah. Pasukan nasyid SK Tobobon mendapat tempat ketiga. Seramai 7 orang murid terlibat yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Pasukan nasyid yang diberi nama SHOUTUL IKHWAN ini mendapat bimbingan daripada Ustazah Nur hafizah Jaafar, Ustazah Asiahtul Karimah dan Ustaz Redzuan. Tahniah untuk pasukan nasyid SK Tobobon.


SK Tobobon tuan rumah Pesta Pantun Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2018

Rabu 14 Mac – SK Tobobon diberi mandat untuk menjadi tuan rumah Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Sebanyak 9 buah sekolah telah menyertainya termasuklah SK Tobobon. Majlis ini telah dirasmikan oleh Madam Shirney yang mewakil PPDKK. SK Tanjung Aru 1 telah menjuarai pesta pantun 2018 diikuti dengan SK Inanam Laut sebagai naib johan. Tempat ketiga dimenangi oleh SK Inanam Dua. Majlis ini tamat lebih kurang jam 4.30 petang.



Rafiuddin JUARA Kategori Kumite Ind. Cadet 14-15 years -70Kg

Tarikh: 11 Mac 2018 Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur Penganjur: Persatuan Karate Hayashi-Ha Malaysia Peringkat: Antarabangsa Nama pertandingan: Kejohanan 9th Silent Knight Karate Cup 2018 Muhammad Rafiuddin Faiz Bin Razmi, pelajar SMK SANZAC dari kelas 3 Teratai telah berjaya memenangi 3 kali perlawanan hingga ke perlawanan akhir dan berjaya merangkul Pingat Emas dalam acara Kategori Kumite Ind. Cadet 14-15 years -70Kg. Rafiuddin juga telah membantu menaikkan kedudukan Sabah Ke tempat ke-2 dalam senarai keseluruhan yang terdiri…



Home Tutor: Pembelajaran Online Sekolah-sekolah Kem Tentera

  Sempena lawatan Perkasa Perwira Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin ke Pangkalan TLDM @ Hanger Stesen Udara PTKK pada 12/03/2018, Booth Pendidikan mempamerkan pembelajaran online Home Tutor. Pembelajaran online dapat dinikmati oleh anak-anak anggota tentera di sekolah-sekolah kem tentera. SK Pangkalan TLDM turut serta menerima kemudahan ini. Home Tutor adalah di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan PTKK dan pihak sekolah. Dengan adanya pembelajaran online ini, diharapkan akan memacu kejayaan dalam pembelajaran murid-murid khasnya di sekolah-sekolah dalam kem…


PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN “AKTIVITI I SEE YOU”

Tarikh: 2 Mac 2018 Tempat: DEWAN TERTUTUP Penganjur: ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIT KELAS RANCANGAN KHAS DAN PIBG SMK SANZAC Peringkat: Sekolah Guru Terlibat: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, GURU TING 5 KRK , GURU AJK ASRAMA & GURU TING 6 ATAS Program I See You merupakan program mentoring yang melibatkan guru-guru PDPc sebagai mentor dan murid sebagai mentee. Program ini melibatkan penglibatan ibu bapa atau penjaga murid agar permuafakatan strategik dapat diwujudkan bagi…


Skip to toolbar