MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SANZAC

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2018

TARIKH: 10 MAC 2018 (SABTU)

MASA: 8.00 PAGI

TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

Dengan ini berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK SANZAC. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang JUSA C SMK SANZAC.

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang akan meletuskan kejayaan dan kegemilangan SMK SANZAC pada tahun 2018.

Suasana yang dirakamkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK SANZAC 2018.

   

2 Comments on "MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SANZAC"

  1. EMMA FRANCISCA LUIS | March 10, 2018 at 11:00 am | Reply

    Tahniah SMK SANZAC!

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar