SK Bukit Padang, 19 April 2018- SK Likas telah muncul sebagai Johan Kategori Lelaki bawah 12 tahun di Kejohanan Catur MSSD Kota Kinabalu. Kejohanan yang berlangsung dari 18 & 19 April 2018 telah disertai oleh sekolah-sekokah dari sekitar daerah Kota Kinabalu. Menurut jurulatih sekolah, cikgu Pacik Sarah, sekolah telah membuat persiapan awal untuk kejohanan ini […]
Read more...Author: SK LIKAS PPDKK
Sukan Tahunan SK Likas ke-45
Stadium UMS, Khamis 19 April 2018 berlangsung Sukan Tahunan sekolah kali ke-45. Sukan tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar En. Mohd Jaimie Hj. Mosliem. Sukan tersebut telah dimenangi oleh rumah sukan Tiger manakala tempat kedua telah dimenangi oleh rumah Jaguar dan tempat ketiga rumah Cheetah dan Leopard tempat ke-empat. Perasmaian penutupan telah disempurnakan oleh […]
Read more...Mesyuarat Agung PIBG & Hari Keluarga PIBK SK Likas
SK Likas, 14 April 2018 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG & Hari Keluarga PIBK yg dirasmikan oleh Yg Berbahagia Dtk Seri Panglima Abd. Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah wakil PPD Kota Kinabalu En. Azmi Dtk Hj. Matusin dan AJK PIBG serta ibu bapa murid. Penutupan Majlis disempurnakan oleh Yg Berbahagia […]
Read more...SK Likas Johan Kejohanan Bola Sepak MSS Zon Likas bawah 12 tahun
Padang Saga, Kg. Likas, 12 April 2018…SK Likas telah muncul sebagai johan mss zon Likas manakala naib johan SRK St. Agnes diikuti SK Likas B di tempat ketiga. Pertandingan disertai ileh sekolah-sekolah dari zon Likas. Zon Likas melalui gabungan dari semua sekolah yg bertanding akan bertarung pula di peringkat daerah Kota Kinabalu tidak lama lagi.
Read more...Bengkel Kecemerlangan UPSR SK Likas
SK Likas, 26 & 27 Mac 2018 satu bengkel kecemerlangan UPSR telah dijalankan untuk murid Tahun 6. AJK bengkel adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar Tahun 6. Objektif bengkel adalah bertujuan sebagai pendedahan awal tentang teknik menjawab soalan upsr di mana penceramah adalah terdiri daripada guru-guru pakar dari sekolah ini juga.
Read more...Muhd Tirmidzi dari SK Likas No.4 Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan
Johor Bahru, 21 Mac 2018…sejarah tercipta apabila seorang daripada 11 peserta dari Sabah iaitu adik Muhd Tirmidzi Abdul Sahim murid Tahun 4 dari SK Likas mendapat tempat ke-4 @top 5 dalam Malaysian National Youth Chess Championship baru-baru ini. Beliau yang bertanding dalam kategori U10 bersama-sama dengan 51 peserta dari negeri lain. Menurut jurulatihnya iaitu Cikgu […]
Read more...Kem Kepimpinan Pengawas SK Likas
SK Likas 10 Mac 2018 seramai 156 murid telah terlibat dengan kem kepimpinan pengawas. Program dimulakan dengan ceramah motivasi oleh cikgu Mohd Abdullah Samad dari SM All Saint, Kota Kinabalu. Program bertujuan sebagai pendedahan kepada tugas seorang pengawas di sekolah. Program dijangka berakhir pada pukul 4 petang.
Read more...MSSDKK 2018 – Temubual Bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Johan U-10 International Chess Competition Sarawak
Murid Tahun 4 SK Likas, adik Mohd Tharmizi bin Abdul Sahim telah menjuarai Pertandingan Catur peringkat Antarabangsa kategori bawah 10 tahun Negeri Sarawak bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Sarawak State Legislative Assembly pada 3 Mac 2018.
Read more...