SUKANTARA SMK SANZAC 2018

Tarikh: 28 Febuari 2018

Tempat: PADANG SEKOLAH DAN DEWAN TERBUKA

Penganjur: UNIT KOKURIKULUM SMK SANZAC

Peringkat: Sekolah

Acara sukantara bagi sidang pagi bermula pada pukul 6.50 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala acara sukantara sidang petang berlangsung pada pukul 1.30 hingga 5.00 petang. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik di dewan terbuka. Kemudian, murid-murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing ke tempat acara diadakan. Aktiviti “Jaringan Bola Jaring” diadakan di dewan terbuka, manakala empat acara lain berlangsung di padang sekolah iaitu “Sepak Penalti”, “Servis Bola Tampar”, “Lompat Tinggi” dan “Lontar Peluru”.

Keputusan kutipan markah terkumpul setiap rumah sukan diumumkan di akhir acara oleh AJK Statistik.

Tempat pertama diungguli oleh Rumah Raja.

Berikut merupakan keputusan rasmi Acara Sukantara SMK SANZAC 2018 :

Tempat Pertama : Rumah Raja (579 mata)
Tempat Kedua : Rumah Laksamana (567 mata)
Tempat Ketiga : Rumah Bendahara (564 mata)
Tempat Keempat : Rumah Temenggung(547 mata)
Tempat Kelima : Rumah Syahbandar (502 mata)

Secara keseluruhan, Acara Sukantara SMK SANZAC berjalan lancar dan mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan dari semua guru dan murid.

Unit Kokurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Sukantara 2018.

Please follow and like us:

Leave a Reply