Tarikh: 2 Mac 2018

Tempat: DEWAN TERTUTUP

Penganjur: ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIT KELAS RANCANGAN KHAS DAN PIBG SMK SANZAC

Peringkat: Sekolah

Guru Terlibat: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, GURU TING 5 KRK , GURU AJK ASRAMA & GURU TING 6 ATAS

Program I See You merupakan program mentoring yang melibatkan guru-guru PDPc sebagai mentor dan murid sebagai mentee.

Program ini melibatkan penglibatan ibu bapa atau penjaga murid agar permuafakatan strategik dapat diwujudkan bagi menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan. Ini adalah seiring dengan keperluan SKPMg2 pada standard 2.7.1.

Manfaat program:
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3. Membina keyakinan diri murid dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.
4. Menerima bimbingan dan galakan daripada mentor untuk terus berusaha dan berjaya.
5. Memotivasikan diri murid setelah diberi sokongan dan penghargaan daripada warga sekolah.
6. Mewujudkan permuafakatan strategik antara guru, murid dan ibu bapa murid.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan