PRA-PELANCARAN e-MAJALAH SMK SANZAC

e-Majalah SMK SANZAC

TARIKH: 10 MAC 2018 (SABTU)

MASA: 9.45 PAGI

TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan pada hari ini dan pra- pelancaran e-Majalah SMK SANZAC telah dijalankan. Taklimat e-majalah juga telah diberikan oleh Pn. Emma Francisca Luis selaku setiausaha Sidang Redaksi Majalah SMK SANZAC kepada sidang hadirin Mesyuarat Agung PIBG.

Matlamat yang ingin dicapai dengan penghasilan e-Majalah SMK SANZAC adalah untuk menyokong inisiatif ‘Komuniti Pintar’ yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selain itu, ia dapat mencetuskan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam kalangan warga pelajar  dan warga pendidik terhadap teknologi maklumat dan komunikasi. Ia juga menyumbang kepada satu  bentuk kemahiran IT baru kepada murid dalam menghasilkan sebuah majalah secara digital. Terakhir sekali, ia dapat membina repositori  maklumat sekolah yang dapat diakses bukan sahaja untuk komuniti sekeliling tetapi juga masyarakat seluruh dunia.

Tahniah kepada unit Sidang Redaksi Majalah SMK SANZAC atas pra-pelancaran e-Majalah SMK SANZAC.

Spread the love

1
Leave a Reply

Please Login to comment
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Nowenna Willie Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Nowenna Willie
Guest
Nowenna Willie

Tahniah Unit Sidang Redaksi Majalah.