LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 KE SK API-API

2 September 2020- Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II bersama-sama sekolah rendah OK9 Tanjung Aru telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Program Transformasi Sekolah TS25 bertempat di Sekolah Kebangsaan Api-Api Kota Kinabalu Sabah.  Antara objektif bagi program ini ialah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelaksanaan TS25 di kalangan SLT, menimba ilmu melalui perkongsian TS25 dari sekolah-sekolah rintis serta ianya menjadi penanda arasan bagi pelaksanaan TS25 ini.

Guru Besar SK Api-Api Encik Mohd Hafiz Zuraimy bin Damsah telah memberikan taklimat dan perkongsian ilmu yang bermanfaat berkenaan Program TS25 kepada semua tetamu yang hadir.

Seterusnya, semua yang hadir diberi peluang untuk menimba ilmu dan berkongsi idea dengan melakukan pemeriksaan dokumen TS25 yang telah disediakan oleh SK Api-Api  serta melakukan lawatan ringkas di sekitar kawasan sekolah.

Sebelum berakhirnya majlis, Puan Hjh. Saripah bt Hj Ghul Hassan selaku SI Partner PPD Kota Kinabalu telah memberikan sedikit rumusan dan ulasan berkaitan program ini. Program di akhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan ringkas.

 

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2020 PERINGKAT SEKOLAH SKTA II

Pada 14 Ogos 2020 (Jumaat), Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2020 Peringkat Sekolah .Majlis sambutan ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah gabungan bersama Panitia-panitia Mata Pelajaran. Ianya disambut dalam keadaan sederhana berbanding tahun sebelum ini kerana negara mengalami wabak pandemik covid 19 dimana terdapat SOP yang perlu dipatuhi. Gimik pelancaran majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Tanjung Aru II, Puan Sukrani @ Mimi Hj Osman.

Malaysia Prihatin telah dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada semua warga sekolah untuk sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

SK TANJUNG ARU II-SEKOLAH TERBAIK PELAKSANAAN HIP (SR)

Pada 18 Ogos 2020, telah berlansungnya Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR VIII) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bertempat di Bilik Seminar 2, Aras 3, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBRS. Dr. Mistrine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Terdapat pelbagai anugerah yang disampaikan pada hari tersebut berdasarkan pencapaian masing-masing dan Sekolah SK Tanjung Aru II telah menerima Sijil Pengiktirafan Akademik bagi kategori Sekolah Terbaik Pelaksanaan HIP (SR). Semoga terus kekalkan momentum kejayaan.

ANUGERAH PEMIMPIN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2020

Pada 19 Ogos 2020 yang lalu,  bertempat di Grand Ballroom, Hotel Ming Garden Kota Kinabalu telah berlansungnya Majlis Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2020 . Majlis ini telah dirasmikan oleh oleh YBHG Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul, Pengarah Bahagian Profesonalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada majlis ini juga terdapat lima Anugerah Khas Hari Guru yang telah disampaikan dan salah seorang penerima dari Anugerah Khas ini ialah Guru Besar SK Tanjung Aru II iaitu Puan Sukrani @ Mimi Hj Osman bagi kategori Anugerah Pemimpin Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2020. Guru Besar telah mewakili sekolah di atas kejayaan dan pencapaian ini. Semoga terus sukses untuk masa akan datang

 

Sepetang bersama Jemaah Nazir: Klinik Bimbingan SKPMg2 Pengurusan Matapelajaran

23 Julai 2019– Seramai 12 orang ketua panitia matapelajaran bersama-sama Puan Sukrani @ Mimi Osman, Guru Besar SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu, telah menghadiri Klinik Bimbingan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) Pengurusan Matapelajaran bertempat di Pejabat Jemaah Nazir Negeri Sabah, Tingkat 7, Wisma KWSP Kota Kinabalu. Klinik ini merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah untuk memantapkan lagi pengurusan panitia matapelajaran di sekolah seterusnya dapat merangka usaha untuk meningkatkan pencapaian murid terutamanya dalam bidang akademik. Ketua-ketua panitia dibimbing agar memahami dengan lebih terperinci halatuju panitia matapelajaran, kaedah penetapan skor, cara penulisan evidens dan bagaimana instrumen bagi aspek 3.1.2 Pengurusan Matapelajaran dijadikan sebagai panduan pengurusan panitia yang cemerlang. Ini merupakan siri bimbingan kedua dimana bimbingan kali pertama  khusus untuk pentadbir telah diadakan pada 9 April 2019 yang lalu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jemaah Nazir, kerana telah meluangkan masa sepetang untuk memberikan khidmat bimbingan kepada warga guru SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu. –  Oleh: Norayati M.I