Pada 19 Ogos 2020 yang lalu, bertempat di Grand Ballroom, Hotel Ming Garden Kota Kinabalu telah berlansungnya Majlis Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2020 . Majlis ini telah dirasmikan oleh oleh YBHG Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul, Pengarah Bahagian Profesonalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada majlis ini juga terdapat lima Anugerah Khas Hari Guru yang telah disampaikan dan salah seorang penerima dari Anugerah Khas ini ialah Guru Besar SK Tanjung Aru II iaitu Puan Sukrani @ Mimi Hj Osman bagi kategori Anugerah Pemimpin Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2020. Guru Besar telah mewakili sekolah di atas kejayaan dan pencapaian ini. Semoga terus sukses untuk masa akan datang