Sepetang bersama Jemaah Nazir: Klinik Bimbingan SKPMg2 Pengurusan Matapelajaran

Sepetang bersama Jemaah Nazir: Klinik Bimbingan SKPMg2 Pengurusan Matapelajaran

23 Julai 2019– Seramai 12 orang ketua panitia matapelajaran bersama-sama Puan Sukrani @ Mimi Osman, Guru Besar SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu, telah menghadiri Klinik Bimbingan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) Pengurusan Matapelajaran bertempat di Pejabat Jemaah Nazir Negeri Sabah, Tingkat 7, Wisma KWSP Kota Kinabalu. Klinik ini merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah untuk memantapkan lagi pengurusan panitia matapelajaran di sekolah seterusnya dapat merangka usaha untuk meningkatkan pencapaian murid terutamanya dalam bidang akademik. Ketua-ketua panitia dibimbing agar memahami dengan lebih terperinci halatuju panitia matapelajaran, kaedah penetapan skor, cara penulisan evidens dan bagaimana instrumen bagi aspek 3.1.2 Pengurusan Matapelajaran dijadikan sebagai panduan pengurusan panitia yang cemerlang. Ini merupakan siri bimbingan kedua dimana bimbingan kali pertama  khusus untuk pentadbir telah diadakan pada 9 April 2019 yang lalu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jemaah Nazir, kerana telah meluangkan masa sepetang untuk memberikan khidmat bimbingan kepada warga guru SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu. –  Oleh: Norayati M.I

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply