Pada 14-15 Februari 2020, telah berlangsung Program Kem Kepimpinan Perdana Murid Maktab Sabah di Maktab Sabah.
Kem Melibatkan sebanyak 9 badan-badan khas pemimpin murid iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas PRS, Pengawas YER, Pengawas SPBT, Pengawas AMAL, Pengawas Bridged Bestari dan BAKTI.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kem adalah seperti Ice Breaking, Team Building, Perhimpunan Patriotik, Role Model dan Dare to Lead.
Objektif Kem adalah untuk Menyalurkan pengetahuan mengenai kepimpinan dan membina keyakinan diri dalam kalangan pemimpin murid. Membantu pemimpin murid bertanggungjawab terhadap jawatan yang disandang dan melahirkan pemimpin murid yang menjadi suri teladan yang boleh diteledani.
Pn. Lilly William selaku pengarah program Kem Kepimpinan ini mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dan juga beliau mengucapkan terima kasih kepada pentadbir Maktab Sabah, semua AJK guru-guru dan juga sukarelawan dari Unimas dan USIM yang juga merupakan bekas-bekas pemimpin murid di Maktab Sabah.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan