Gotong-Royong PIBG Peringkat SMK Taman Tun Fuad Tahun 2025

Gotong-Royong PIBG Peringkat SMK Taman Tun Fuad Tahun 2025

28 Februari 2025 – Gotong-royong SMK Taman Tun Fuad Tahun 2025 telah dijalankan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta unit SERASI. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria kepada pelajar dan warga sekolah, menceriakan kawasan persekitaran dan landskap kawasan sekolah, mengeratkan silaturahim dan jaringan kerjasama pintar dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid, ibu bapa dan warga pendidik serta membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Sokongan padu daripada guru-guru, AKP, ahli jawatan kuasa tertinggi PIBG, semua murid tingkatan 4 berserta ibu bapa atau penjaga murid, pekerja pembersihan sekolah, dan  kakitangan DBKK telah membantu menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penanaman pokok buah-buahan hasil sumbangan guru-guru serta ibu bapa murid tingkatan 4, gotong-royong membersihkan kawasan dewan, kawasan nurseri bunga, kawasan kantin, dan kawasan teratak kitar semula. Diharapkan aktiviti ini akan terus mendapat sokongan padu daripada semua pihak demi mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

Prof Dr Morni Kambrie, YDP PIBG serta exco-exco tertinggi PIBG hadir memberikan sokongan
Gimik penyerahan pokok daripada wakil ibu bapa kepada Pn Halija, Pengetua SMKTTF bersama barisan Exco PIBG

Penolong Kanan , guru-guru serta AKP membuat pembersihan di dewan dan kantin

Guru-guru serta murid-murid membuat pembersihan di kawasan dewan

Guru-guru serta murid-murid membuat pembersihan di teratak kitar semula dan kawasan dewan
Tong sampah besar yang disediakan oleh DBKK
Pokok buah-buahan hasil sumbangan ibu bapa murid dan guru-guru

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply