Articles by SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST PETER TELIPOK

Ekspo Akademik 2019

Syabas dan tahniah kepada warga SM St. Peter Telipok kerana merealisasikan Ekspo Akademik 2019 dengan jayanya! Sokongan yang padu pihak pentadbir, dan dedikasi serta komitmen setiap Panitia-Ekspo Akademik 2019- sesungguhnya mempamirkan kemenjadian murid! Program yang bermula seawal 9.30 pagi mempersembah pertandingan pidato, tarian etnik & moden, choral speaking, running Math & Science, FunRun PSK, pertandingan kuiz dan sebagainya. Dewan terbuka pula dimeriahkan dengan booth semua panitia. Setiap murid diberikan tugasan dan wajib melawat setiap booth untuk…


Kilauan Pingat 제자 jeja Jenita Dewi

SportExcell-NSC-MILO-TM merupakan penaja utama National Junior & Senior Taekwondo Circuit 2019. Acara tahunan Taekwondo Malaysia (WTF) kali ini bermula(1st Leg) di UTAR Kampar Campus, Perak Darul Ridzuan pada 22 – 24hb Mac yang lalu. SM. St Peter Telipok mengukir nama di persada Taekwondo apabila adik Jenita Dewi berjaya memperolehi pingat gangsa dalam kategori middle weight. Berkat bimbingan Master Zaini dan Jurulatih Sabrina, adik Jenita Dewi sebelum ini juga pernah memenangi pingat perak kategori light middle…



CNY SMSPT 2019

Happiness, love and mutual respect adalah budaya yang diusahakan oleh KPM agar dapat disemai dan dipupuk di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang seronok dan positif. “Let the states of equilibrium and harmony exist in perfection, and a happy order will prevail throughout heaven and earth, and all things will be nourished and flourish”. (unquote Confucius) Sambutan CNY 2019 peringkat SM St Peter Telipok dimeriahkan dengan tarian singa yang melambangkan good…


Bahasa, Budaya dan Sastera 2019

Dalam usaha negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020, bukanlah juga bermaksud mengetepikan pembangunan budaya dan warisan bangsa. Warisan dan khazanah budaya merupakan petunjuk dan rujukan kepada salasilah sesuatu bangsa. Sehubungan dengan itu, pada 1/2/2019 (Jumaat), seramai 14 orang pelajar BKD SM St Peter Telipok telah menyertai Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera anjuran bersama SMK Narinang Kota Belud dan UPSI. Antara objektif seminar ini adalah berkongsi hasil kajian, menyemarakkan bahasa Kadazandusun dalam komunikasi…


LDP STEM Siri 1

Salah satu cabaran guru pada masa kini adalah menghasilkan PdPc yang berkesan dan berkualiti. Teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan serta menarik minat pelajar perlu diperkenalkan agar pelajar berasa seronok, bertambah minat serta menghayati bahan yang diajar. Sejajar dengan Resolusi Kokol 2.0 SMSPT – setiap hari Selasa akan diperuntukkan slot LDP untuk semua guru. LDP Siri 1 akan dimulakan dengan Bidang Sains & Matematik yang akan megendalikan course refresher mengenai penggunaan qr code, quizizz, plickers dan google classroom.


Gapai Cemerlang SPM 2019

“The will to win, the desire to succeed, the urge to reach your full potential..these are the keys that will unlock the door to personal excellence”. -Confucius Selaras dengan Falsafah Pendidikan dan Kemenjadian Murid dalam aspek akademik, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Bidang Bahasa, Bidang Kemanusiaan serta Bidang Matematik & Sains mengadakan Program Gapai Cemerlang SPM. Program bermula hari ini dan berakhir pada 1 Februari 2019. Slot pertama program dimulai dengan Panitia Matematik…


Smart Study & Gapai SPM

Sekolah merupakan satu institusi asas pendidikan. Sekolah jugalah salah satu instrumen yang membimbing murid untuk memilih kerjaya dalam hidup. Menjadi seorang yang smart di sekolah dapat boost moral murid dan mengapai gred yang lebih baik. Sejajar dengan konsep kemenjadian murid dalam akademik khususnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling(UBK) SM St Peter Telipok telah mengadakan Program Teknik Belajar Berkesan dan Motivasi Gapai SPM untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pihak sekolah sangat bertuah dan berterima kasih kepada Encik Suhardi bin Darise…


Bar Library Corner – 4C1N Murid

Sejak kebelakangan ini, konsep 4C1N amat ditekankan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara sesuai dengan Pembelajaran Abad 21(PAK21). Justeru itu, Pusat Sumber Sekolah(PSS) SM St Peter Telipok telah melancarkan Bar Library Corner untuk meningkatkan Komunikatif, Kolaboratif, Berfikiran kritis, Kreatif dan Nilai (4C1N) murid.


Kontinjen Perbarisan BSMM KK-PERANG PETAGAS

Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas 2019 telah berlangsung di Petagas hari ini. Upacara ini adalah bagi memperingati mangsa-mangsa perang dunia kedua yang terkorban mempertahankan tanah air pada 21 Januari 1944. BSMM Daerah Kota Kinabalu telah menghantar kontinjen seramai 31 ahli untuk perbarisan statik. 9 daripadanya adalah ahli BSMM dari SM St Peter Telipok. Syabas diucapkan kepada Kontinjen BSMM!


Memartabatkan Bahasa Melayu-Munsyi DBP Dato Esawaran

16 Januari 2019 Dalam usaha membantu memartabatkan bahasa melayu, Bidang Bahasa SM St Peter Telipok melalui Panitia Bahasa Melayu, dengan kerjasama bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan ceramah BM bertempat di Dewan Holy Family Telipok. Kelompok sasaran ceramah ini adalah murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Penceramah jemputan adalah tokoh yang tidak asing lagi iaitu Munsyi DBP Dato Esawaran.


Taklimat Ibu bapa Murid Tingkatan 1

12 Januari 2019(Sabtu) “Murid-murid hanya 6 jam berada di sekolah dan 18 jam berada di luar sekolah”. Demikianlah antara kata-kata Encik Jackson Siga, Pengetua SM St Peter Telipok dalam suatu taklimat khusus untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang baru mendaftar di Tingkatan 1. Beliau menekankan bahawa kemenjadian murid samada dalam akademik, sahsiah mahupun kokurikulum adalah hasil usaha dan kerjasama antara pihak sekolah dan warga ibubapa.


Dialog Prestasi dan Penetapan Target SPM 2019

12 Januari 2019 (Sabtu) Sejajar dengan SKPMg2 (Standard 5: Kemenjadian Murid), seramai 145 calon SPM 2019 telah menandatangai Borang Ikrar Aku Janji bersama ibubapa murid dalam satu majlis Dialog Prestasi dan Penentapan Target SPM 2019 yang berlangsung di Dewan Holy Telipok. Encik Jackson Siga, Pengetua SM St Peter Telipok menekan bahawa penetapan target ini seiringan dengan tag line sekolah iaitu SM St Peter Telipok Unggul Cemerlang, Sekolah Berkualiti, Menjana Kemenjadian Murid.  


Skip to toolbar