Bahasa, Budaya dan Sastera 2019

Dalam usaha negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020, bukanlah juga bermaksud mengetepikan pembangunan budaya dan warisan bangsa. Warisan dan khazanah budaya merupakan petunjuk dan rujukan kepada salasilah sesuatu bangsa.

Sehubungan dengan itu, pada 1/2/2019 (Jumaat), seramai 14 orang pelajar BKD SM St Peter Telipok telah menyertai Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera anjuran bersama SMK Narinang Kota Belud dan UPSI. Antara objektif seminar ini adalah berkongsi hasil kajian, menyemarakkan bahasa Kadazandusun dalam komunikasi dan penulisan serta mengeratkan lagi perpaduan melalui perkongsian ilmu.

Menurut satu kajian dan analisis data oleh National Geographic Society dan The Living Tonque Institute for endangered Languages, mendapati sejumlah 7,000 bahasa yang dituturkan di dunia akan pupus pada abad ini. Justeru itu, adalah diharapkan agar seminar seperti ini menjadi salah satu landasan untuk memelihara dan mewariskan bahasa, budaya dan sastera kepada generasi muda agar tidak hilang ditelan zaman.

Be the first to comment on "Bahasa, Budaya dan Sastera 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar