12 Januari 2019(Sabtu)
“Murid-murid hanya 6 jam berada di sekolah dan 18 jam berada di luar sekolah”. Demikianlah antara kata-kata Encik Jackson Siga, Pengetua SM St Peter Telipok dalam suatu taklimat khusus untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang baru mendaftar di Tingkatan 1. Beliau menekankan bahawa kemenjadian murid samada dalam akademik, sahsiah mahupun kokurikulum adalah hasil usaha dan kerjasama antara pihak sekolah dan warga ibubapa.