14 Jun 2025 – Program Larian Amal anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Tun Fuad telah dilaksanakan bertempat di Taman Tasik Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mengumpul dana bagi tabung PIBG SMKTTF bagi membantu pihak sekolah dalam pembangunan dan penyelenggaraan prasarana sukan dan permainan, membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas, mencungkil bakat-bakat murid dan memupuk persaingan yang sihat di antara murid, mengetengahkan atlit yang berkualiti ke peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan serta membudayakan amalan pengurusan KBAT dalam kalangan guru dan murid
Antara pengisian program ialah pengedaran kad larian amal kepada semua murid, guru, AKP dan PIBG, disertai dengan acara kemuncak larian di Taman Tasik Likas yang melibatkan semua murid termasuk PPKI, guru, AKP serta PIBG, aktiviti senamrobik, dan cabutan tiket bertuah. Program yang dirasmikan oleh Prof.Dr. Morni Kambrie selaku YDP PIBG ini turut dimeriahkan oleh Pn. Norinda Majid, Timbalan YDP PIBG serta exco PIBG yang lain dan juga para ibu bapa.
SMK Taman Tun Fuad telah menunjukkan penglibatan yang aktif dengan menyertai pelbagai pertandingan ko-akademik dan kejohanan sukan seperti pertandingan forum remaja, bahas ala parlimen, drama, pantun, bola baling, bola jaring, bola keranjang, olahraga, nasyid, koir, kawad kaki perbarisan dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, diharap melalui pelaksanaan Larian Amal SMK Taman Tun Fuad ini diharap dapat membantu menjadikan misi dan visi SMK Taman Tun Fuad satu kenyataan.























