1 Februari 2024 (Khamis) telah melakar kenangan indah terutamanya bagi warga St.James dengan adanya Majlis sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. Pusat Aktiviti Kokurikulum telah dihiasi dengan pelbagai hiasan yang menarik perhatian bukan sahaja di kalangan warga St.James tetapi juga para tetamu jemputan.

Murid-murid juga menjamu selera dengan pelbagai juadah yang telah mereka bawa dari rumah.  Perayaan ini telah dimeriahkan dengan persembahan tarian, nyanyian dan tarian singa dan juga pemberian angpao kepada murid-murid.

Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid-murid dan guru untuk mengenali kepelbagaian budaya dan secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Akhir kata, semoga tahun Naga ini membawa kemakmuran dan keamanan kepada semua.

Xin nian kuai le!

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan