Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
Graduan terbilang! 7 Februari 2024 merupakan hari melakar sejarah untuk murid-murid tahun 6 SJKC St.James dimana penganugerahan sijil graduasi, sijil kecemerlangan akademik dan kokurikulum telah berlangsung di dalam Dewan SJKC St.James pagi tadi. Hiasan dewan yang berwarna warni ditambah dengan tepukan gemuruh para ibu bapa yang hadir juga memahat kenangan yang amat indah kepada para graduan.
Penyeri majlis adik Cxiena Wong dan Darwishya mewakil murid Tahun 6 2023/2024 telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah terutamanya, Guru Besar En. Andrew Chong Man Kuen, guru-guru dan tidak dilupakan juga para lembaga sekolah dan para PIBG yang sentiasa menjadi tulang belakang sekolah.
Persembahan nyanyian perpisahan dari badan pengawas dan murid-murid tahun 6 juga memeriahkan majlis . Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman di antara murid Tahun 6 dan para guru yang menandakan ucapan terima kasih dan selamat tinggal .
Diharapkan ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat apabila melangkah ke alam sekolah menengah bulan March ini.