Gotong-Royong Perdana Peringkat SMK Taman Tun Fuad Tahun 2024 Anjuran Bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Dan Unit SERASI SMK Taman Tun Fuad

Gotong-Royong Perdana  Peringkat SMK Taman Tun Fuad Tahun 2024  Anjuran Bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Dan Unit SERASI SMK Taman Tun Fuad

27 Januari 2024 – Pelbagai aktiviti serta program telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama erat daripada PIBG bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan akademik serta Kokurikulum. Seiring dengan usaha murni ini, pihak sekolah di bawah Unit SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) dan Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan Gotong-Royong Perdana bagi membersihkan dan menceriakan kawasan SMK Taman Tun Fuad untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan warganya dengan kerjasama unit SERASI, PIBG dan DBKK. Antara objektif program ini ialah untuk menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria kepada pelajar dan warga sekolah, menceriakan taman-taman angkat dan landskap kawasan sekolah , mengeratkan silaturahim dan jaringan kerjasama pintar dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid, ibu bapa, warga pendidik dan agensi luar serta membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Antara pengisian program ini ialah taklimat pembahagian kawasan untuk semua murid, guru dan ibu bapa, menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan serta menceriakan keseluruhan kawasan sekolah termasuklah menanam pokok-pokok  bunga dan kelapa pandan. Diharapkan aktiviti ini akan dapat mewujudkan kerjasama pintar antara semua pihak dan mewujudkan kawasan sekolah yang bersih, selamat dan ceria. Adalah menjadi harapan pihak sekolah juga agar program ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply