SMK Taman Tun Fuad telah menghantar tiga pasukan untuk menyertai Pertandingan ’Kangaroo Mathematics Competition’, ‘Kancil Science Competition’ dan ‘Beaver Computational Thinking Competition’ Tahun 2023 secara bersemuka bagi subjek Matematik Peringkat Antarabangsa, Peringkat Kebangsaan bagi subjek Sains dan Komputer masing-masing dilaksanakan pada 18 Mei 2023, 14 Jun 2023 dan 21Jun 2023 bertempat di Makmal Komputer dan Makmal Kimia SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu dan diawasi oleh Guru Pembimbing Pertandingan masing-masing iaitu Pn Juliezianna Abdul Aziz, Datin Hjh Sudina @ Sulina Sonte dan Pn Lim Lee Chee @ Caroline Linda. Seramai 12 murid menyertai Pertandingan ‘Kangaroo Mathematics Competition’ , 20 murid pula menyertai Pertandingan Kebangsaan ‘Kancil Science Competition’ manakala 10 murid menyertai Pertandingan Kebangsaan ‘Beaver Computational Thniking Competition’ Tahun 2023. Keputusan bagi setiap pertandingan amatlah membanggakan dimana Karen Supang Billy (5 Bestari) memperolehi ‘Bronze Award’ bagi Pertandingan ‘Kangaroo Mathematics’ manakala Anthony Ng Hon Wei (4 Amanah) menerima ‘Bronze Award’ bagi pertandingan ‘Kancil Science’. Manakala seramai 16 orang murid menerima Sijil Pengikhtirafan ‘Honorable Mention’ dan selebihnya 24 murid memperolehi Sijil Penyertaan ‘Certificate of Participation’. Secara keseluruhannya, pencapaian murid dalam ketiga-tiga pertandingan ini amatlah membanggakan pihak sekolah kerana 43% murid telah mendapat sijil pengikhtirafan peringkat antara bangsa dan kebangsaan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pn Juliezianna Abdul Aziz, Pn Lim Lee Chee @ Caroline Linda dan Datin Hjh Sudina @ Sulina Hj Sonte, selaku Guru Pembimbing Pasukan Pertandingan tersebut dan juga kepada para peserta yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah khasnya Puan Pengetua, semua Penolong Kanan, Ketua Bidang dan juga tidak dilupakan Setiausaha Kokurikulum yang telah banyak memberikan kerjasama dan sokongan padu demi menjayakan pertandingan ini.
Jumpa lagi di pertandingan-pertandingan Tahun 2024……..Terima kasih.