Keputusan Keseluruhan Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) Peringkat Kebangsaan (National Round) Tahun 2023 SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu, Sabah

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) Peringkat Kebangsaan (National Round) Tahun 2023  SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu, Sabah

SMK Taman Tun Fuad telah menghantar Pasukan ASMO Sains untuk menyertai Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) 2023 secara atas talian bagi subjek Sains bagi Peringkat Kebangsaan  (National Round) pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Makmal Komputer SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu, Sabah .  Peringkat Kebangsaan (National Round), Pasukan ASMO Sains SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu,  seramai 12 murid yang layak menyertai dan ianya merangkumi murid-murid  Tingkatan  2 dan 3.  Kesemua 12 orang peserta telah berjaya memperolehi Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Ini merupakan bilangan penyertaan Peringkat Kebangsaan yang teramai berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Syabas dan Tahniah kepada En Mohd Shobrie bin Jaffar dan Datin  Hjh Sudina @ Sulina binti Sonte, selaku Guru Pembimbing Pasukan ASMO Sekolah 2023 dan juga para peserta pertandingan ASMO Sains 2023. Jutaan terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah yang memberi komitmen dan sokongan padu demi menjayakan program ini tersebut.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply