31 Oktober 2023 – Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Dan Pelancaran Minggu Solidariti Palestin telah dilaksanakan di Dewan Tun Fuad, SMK Taman Tun Fuad. Antara objektif program ini ialah memantapkan kerjasama antara pihak PDRM dengan KPM dan pihak sekolah dengan PPS serta membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang tidak bermoral. Majlis ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Pn. Halija binti Hj. Jonggang, Pengetua SMK Taman Tun Fuad. Turut hadir dalam majlis ini ASP Mohd Khairul Anuar bin Pak Dek beserta rombongan, dan Dr. Mornie Kambri, Yang DiPertua PIBG SMK Taman Tun Fuad.

Antara pengisian majlis ini ialah perutusan Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh ASP Mohd Khairul Anuar bin Pak Dek, Ucapan Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh Pn. Halija binti Hj Jonggang, Pengetua SMK Taman Tun Fuad, mesej Duta Sahsiah Murid oleh adik Haikal bin Nazmar, gimik pelancaran Duta Sahsiah seterusnya gimik pelancaran Minggu Solidariti Palestin.

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan