28 Oktober 2023 – Majlis Graduasi Tingkatan 5 Kali Ke-21 telah dijalankan di Bilik Sipadan 3, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Antara objektif program ini ialah untuk meraikan murid-murid atas kejayaan mereka mengharungi alam persekolahan dan hampir menamatkan zaman persekolahan di SMK Taman Tun Fuad, menyuntik semangat baharu dalam kalangan murid khususnya murid Tingkatan 5 agar dapat menghadapi Peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan positif, menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan membudayakan pengurusan KBAT dalam kalangan ahli jawatan kuasa pengurusan sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Pn Hjh Ajanah Bt Mohamed, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran. Turut hadir dalam majlis gilang-gemilang ini ialah Dr. Sitti Junaida Bt Ambo, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Dr Morni Bin Kambrie Yang Di Pertua PIBG SMK Taman Tun Fuad, guru-guru dan juga ibu bapa. Seramai 121 orang murid tingkatan 5 termasuk murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah menerima sijil tamat persekolahan masing-masing.

Ucapan Pengetua SMKTTF, Pn. Halija Hj Jonggang

Ucapan Perasmian, Pn. Hjh Ajanah Bt Mohamed

Gimik Perasmian disempurnakan oleh Pn. Hjh Ajanah Bt Mohamed

Barisan guru SMKTTF bersama tetamu VIP

Tingkatan 5 Dedikasi (PPKI)

Tingkatan 5 Amanah

Tingkatan 5 Bestari

Tingkatan 5 Cekap

Tingkatan 5 Dinamik

Tingkatan 5 Efektif

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan