SERLAHKAN BAKATMU

SERLAHKAN BAKATMU

“Serlahkan bakatmu”. Slogan ini telah membakar semangat murid-murid SJKC St.James bagi menyerlahkan bakat mereka dalam pertandingan nyanyian secara berkumpulan yang dianjurkan oleh SJK ( C )St.James pada 10 Oktober 2023 baru-baru ini.

 

Pertandingan ini telah menarik minat penyertaan murid-murid untuk menunjukkan bakat mereka terutamanya dalam bidang nyanyian serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. Disamping itu, pertandingan ini juga dapat mengasah bakat murid terutamanya dalam bidang seni suara.

 

Para peserta yang berentap diadili oleh para juri berpengalaman yang dijemput khas dari sekolah lain. Kategori pemenang adalah  berdasarkan kepada  kategori penyanyi berkumpulan terbaik, kategori kostum terbaik dan kategori persembahan terbaik.

 

Selain menarik minat murid dan memupuk semangat berkumpulan, aktiviti ini turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga St.James.

 

Sambutan hangat daripada penyertaan murid-murid St.James telah menyuntik semangat pihak sekolah untuk meneruskan pertandingan ini pada masa hadapan. Semoga murid-murid St.James akan lebih menyerlah dalam bidang seni suara ini!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply