Pameran Sains telah diadakan di SJK ( C ) St.James sempena Minggu Sains 2023 pada 11-12 Oktober 2023.
Pameran ini dijayakan oleh wakil-wakil murid Tahun 5 dan 6 yang dipilih untuk mempamerkan bahan eksperimen Sains mereka. Pelbagai eksperimen Sains seperti pertunjukan larva, menguji keseimbangan badan, elektrostatik, eksperimen menguji kemampatan objek dan eksperimen menguji kehadiran oksigen dalam udara juga menarik minat warga St.James untuk turut serta dalam membuat uji kaji ini.
Walaupun pameran ini hanya berlangsung selama dua hari, namun kunjungan ramai dari warga St.James telah membuktikan kejayaan pameran tersebut. Pameran ini dimeriahkan lagi dengan lawatan sambil belajar dari sekumpulan murid-murid tadika dari Yuk Yu ,Penampang.
Pameran ini dapat memberi penyampaian ilmu secara tidak formal tentang Sains kepada warga St.James. Diharapkan pameran ini akan diteruskan untuk menarik minat mata pelajaran Sains di kalangan murid-murid.