8 September 2023 – Seiring dengan usaha murni pihak sekolah di bawah Unit 3K dan SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar), Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan Gotong-Royong Madani bagi membersihkan dan menceriakan kawasan SMK Taman Tun Fuad untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan warganya dengan kerjasama unit SERASI, PIBG, Syarikat Pembersihan dan Keselamatan. Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak DBKK dan pelajar-pelajar daripada kolej SIDMA. Aktiviti gotong-royong ini diharap dapat mengatasi masalah banjir kilat dan masalah kesesakan laluan lalu lintas di kawasan sekolah. Antara objektif program ini ialah untuk menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria kepada pelajar dan warga sekolah, mengeratkan silaturahim dan jaringan kerjasama pintar antara ibu bapa, warga pendidik dan agensi luar, mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid, ibu bapa dan guru serta membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Antara pengisian program ini ialah taklimat pembahagian kawasan untuk semua murid dan guru, serta aktiviti gotong royong mengikut kawasan atau kelas serta bilik khas masing-masing. Diharapkan aktiviti ini akan dapat mewujudkan kerjasama pintar antara semua pihak dan mewujudkan kawasan sekolah yang bersih, selamat dan ceria. Adalah menjadi harapan pihak sekolah juga agar program ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Gotong-royong disertai oleh pekerja pembersihan
Gotong-royong disertai oleh AKP dan pekerja keselamatan
Gotong-royong disertai oleh murid-murid dari Unit SERASI
Gotong-royong disertai oleh PIBG
Sokongan daripada pelajar-pelajar SIDMA College
Gotong-royong disertai oleh DBKK
Murid-murid membersihkan kelas masing-masing