Keputusan Keseluruhan Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) Peringkat Sekolah (School Round) dan Peringkat Negeri (State Round) Tahun 2023 SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu, Sabah

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) Peringkat Sekolah (School Round) dan Peringkat Negeri (State Round) Tahun 2023  SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu, Sabah

SMK Taman Tun Fuad telah menghantar Pasukan ASMO Sains untuk menyertai Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) 2023 secara bersemuka bagi subjek Sains Peringkat Sekolah pada 09 Mei 2023 dan Peringkat Negeri pada 28 Julai 2023 .  Bagi Peringkat Sekolah (School Round), pasukan ASMO Sains SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu  adalah terdiri daripada 20 orang peserta yang merangkumi murid Tingkatan  2 dan 3.  Seramai 12 orang peserta mendapat Merit dan 4 orang lagi menjadi Medalist.  Daripada 20 orang peserta ini, seramai 16 orang peserta telah malayakkan diri ke Peringkat Negeri (State Round).

          Dalam Peringkat Negeri, seramai 7 orang peserta mendapat Merit,  2 orang lagi dianugerahkan Bronze dan 3 orang lagi dianugerahkan Gold  yang dirangkul oleh Erna binti Rais, Nursyafira Amaniey Hilmi binti Mohd Hisyamudin dan Raziq Muqri bin Razman. Peserta-peserta Peringkat Negeri  juga berjaya memenangi Year 8 Champion Team Award 2023. Secara keseluruhan 12 orang murid SMKTTFKK layak menyertai pertandingan di Peringkat Kebangsaan (National Round). Syabas dan Tahniah kepada En Mohd Shobrie bin Jaffar dan Pn Hjh Sudina @ Sulina binti Sonte, selaku Guru Pembimbing Pasukan ASMO Sekolah 2023 dan juga para peserta pertandingan ASMO Sains 2023.

          Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah yang memberi komitmen dan sokongan padu demi menjayakan program ini tersebut.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply