14 September 2023 – Sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang berlangsung sepanjang bulan Ogos dan berakhir pada 16 hb September diraikan setiap tahun bertujuan untuk mengukuhkan rasa cinta terhadap negara dan juga sebagai memperingati jasa para pejuang kemerdekaan negara kita. Antara objektif program ini ialah untuk mengaplikasi semangat patriotisme dalam kalangan warga SMKTTF dalam semua program yang dianjurkan, menyemai perasaan cinta akan negara dengan penglibatan pelajar dalam semua pertandingan yang dianjurkan, menanam semangat perpaduan melalui kerjasama antara warga SMKTTF, mengukuhkan semangat 1 Malaysia sebagai tanda taat setia kepada negara dalam kalangan guru dan murid serta mencungkil bakat dalam kemahiran intrapersonal dan interpersonal warga SMKTTF. Program tahunan ini diharapkan akan dapat menyemarakkan jiwa merdeka dalam diri setiap individu agar dapat menanamkan rasa cinta terhadap negara. Majlis penutupan telah dilaksanakan pada 14 September 2023 dirasmikan oleh Dr Mornie Kambrie, Yang Di Pertua PIBG SMK Taman Tun Fuad.
Pertandingan PBL
Perasmian pembukaan program Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia
Pertandingan ‘Comic Strip’
Keceriaan Kelas
Pertandingan Koir Lagu Patriotik antara Kelab dan Persatuan
Pertandingan Melukis Poster
Ucapan Pengetua, Pn Halija Hj. Jonggang
Ucapan Perasmian YDP PIBG, Dr Mornie Kambrie
Acara pemotongan kek
Penyampaian hadiah