MAJLIS APRESIASI WARGA KERJA SK TANJUNG ARU II

MAJLIS APRESIASI WARGA KERJA SK TANJUNG ARU II

18 Disember 2020- Bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga kerja SK Tanjung Aru II dalam melaksanakan tugas dan amanah sepanjang tahun ini maka pihak pentadbiran sekolah telah mengadakan Majlis Apresiasi Warga Kerja SK Tanjung Aru II, Kota Kinabalu pada 18hb. Disember 2020 secara norma baharu dan ianya diadakan secara ringkas namun masih lagi dapat mengekalkan kemeriahan. Majlis di adakan untuk meraikan semua warga sekolah termasuklah semua AKP, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan sekolah dan ianya dilaksanakan di perkarangan tempat letak kereta SK Tanjung Aru II.

Oleh yang demikian, diharapkan dengan adanya majlis ini akan memberi suntikan semangat untuk semua warga kerga di sekolah untuk terus menjalankan tugas dan amanah dengan baik pada masa akan akan datang. Semoga kerjasama dan ukhwah antara semua warga SKTA 2 ini dapat terus dikekalkan untuk kemajuan sekolah baik akademik mahupun sahsiah. Majlis ini juga merupakan penutup tirai bagi aktiviti sekolah tahun 2020.~ .

   

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply