16 Disember 2020- Program Klinik Pemantapan Jurulatih Ragbi Sekolah Secara Atas Talian ( Online ) ini adalah bertujuan untuk member tunjuk ajar dan pendedahan kepada jurulatih ragbi tentang peraturan dalam permainan Ragbi Rimau dan juga peraturan dalam perlawanan ragbi Rimau bawah 12 tahun. Hal ini dapat menjadikan jurulatih lebih bersedia dari segi mental dan fizikal dalam melatih pemain dan membawa pemain untuk menyertai kejohanan di luar.
Klinik Pemantapan Ragbi ini diadakan dengan hasrat menjadi medan menimba ilmu untuk jurulatih sekolah dari segi taktikal dan maklumat tambahan serta pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam mana-mana perlawanan. Ini bermakna program ini merupakan wadah terbaik dalam usaha untuk meningkatkan pembentukan jurulatih ragbi terbaik dan nilai kendiri positif di kalangan jurulatih di sekolah rendah.
Program ini telah di laksanakan pada 16hb. Disember 2020 dan bertempat di Bilik Gerakan Sk Tanjung Aru Ii, Kota Kinabalu. Ianya telah dianjurkan oleh Kelab Ragbi Tanjung Aru Komodo DragonSk Tanjung Aru II, Kota Kinabalu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN). Setinggi-tinggi pernghargaan diberikan kepada panel penceramah iaitu Tuan Andreas Hendrikus yang bertugas di SRK Sacred Heart KK. Beliau merupakan PT Ragbi bagi Daerah Kota Kinabalu Sabah dan mempunyai banyak ilmu serta pengalaman dalam bidang ini bermula dari tahun 2004 dan masih aktif dalam sukan ragbi hingga sekarang.
Kaedah klinik atas talian ini akan menggunakan ‘google meet’ yang mana peserta klinik akan dapat melihat melalui paparan di komputer atau laptop di tempat masing-masing. Melalui kaedah ini peserta klinik akan mengikuti tayangan melalui paparan oleh panel yang dijemput untuk memberikan slot klinik. Klinik ini lebih mudah diadakan pada masa ini sebagai langkah pematuhan kepada prosidur operasi standard sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksan akan oleh kerajaan.
Sasaran klinik ini adalah jurulatih sekolah rendah seramai 50 orang dari beberapa daerah di seluruh Sabah. Jurulatih adalah merupakan aset penting dalam pembangunan sukan ragbi di sekolah. Bagi memastikan pemain ragbi sekolah mendapat latihan yang sewajarnya, maka jurulatih perlu mempunyai pengetahuan yang luas dari segi peraturan permainan Ragbi Rimau di peringkat sekolah rendah dengan adanya, klinik pemantapan ini maka kualiti jurulatih dapat dipertingkatkan.
Antara objektif Klinik Pemantapan Jurulatih Ragbi Secara Atas talian (online) ini ialah :
2.1 Memberi pendedahan kepada peserta klinik tentang peraturan permainan ragbi Rimau di peringkat sekola rendah.
2.2 Memberi pendedahan kepada peserta tentang peraturan dalam perlawanan Ragbi Rimau.
2.3 Memberi pendedahan kepada peserta tentang isyarat-isyarat pengadil dalam perlawanan Ragbi Rimau.