16 & 17 Disember 2020-Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II, Kota Kinabalu telah  melaksanakan Program Pendaftaran Pelajar Sesi 2021 secara norma baharu. Prosedur pendaftaran tahun ini agak berlainan dari sebelumnya kerana perlu dilaksanakan secara Pandu Lalu (Drive Thru) iaitu, sejajar dengan kaedah Norma Baharu. Keputusan ini diambil bagi memastikan Prosedur Standard Operasi (SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat – PKPB) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dipatuhi untuk mengelak penularan Virus Covid 19 berikutan masalah Pandemik yang telah melanda seluruh dunia sejak awal tahun 2020.

Kesihatan dan keselamatan murid-murid adalah keutamaan pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah menetapkan hanya ibu bapa atau penjaga murid sahaja yang perlu hadir mewakili anak- anak / jagaan masing-masing semasa proses pendaftaran bagi memastikan tiada kesesakan berlaku dan jarak pergerakan boleh dikawal rapi.

Dalam program ini juga, seluruh warga sekolah dan pihak ibu bapa / penjaga murid perlu berada dalam keadaan sihat, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan tangan (Sanitasi) serta menjaga jarak yang dibenarkan di antara satu sama lain.

OBJEKTIF

  • Pendaftaran murid tahun 2021 dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan bermula di tahun hadapan.
  • Mengutip Borang Maklumat murid terkini beserta slip pendapatan terkini.
  • Pihak ibubapa / penjaga menjelaskan yuran PIBG
  • Pihak ibubapa / penjaga menjelaskan Yuran Transisi Tahun 1
  • Pihak ibubapa / penjaga menjelaskan bayaran buku kerja (Kaunter Buku Kerja)
  • Pihak ibubapa / penjaga membeli barang keperluan sekolah (Kaunter Koperasi)

Pendaftaran telah berlansung selama 2 hari iaitu pada 16 dan 17 Disember 2020 yang melibatkan semua ibubapa / penjaga murid Pra Sekolah hingga ke tahun 6 bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 t/hari. Pendaftaran ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan tanpa sebarang masalah dan dalam masa yang sama masih mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada ibubapa yang memudahkan semua urusan ~

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan