9 & 10 Disember 2020-Dalam kemelut yang dihadapi oleh negara pada ketika ini, banyak aktiviti yang terpaksa ditangguhkan bagi mengelakkan penularan Pandemik Covid 19 di kalangan masyarakat.  Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekolah telah melaksanakan majlis graduasi yang gilang-gemilang dengan kemeriahan oleh tetamu yang hadir di kalangan ibu bapa dan juga jemputan lain.  Namun berbeza pada tahun ini apabila Pandemik Covid 19 telah melanda seluruh dunia.  Jesteru itu, SKTA II mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis graduasi secara norma baharu mengikut SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

Oleh itu, pihak sekolah telah merancang majlis ini untuk menyuntik semangat para pelajar agar terus berusaha dalam meningkatkan  pencapaian  akademik dan  juga prestasi   sekolah.  Majlis ini dirancang sebagai tanda pengiktirafan kepada pelajar tahun enam yang akan meninggalkan alam persekolahan peringkat rendah serta buat yang akan menyambung persekolahan di tingkatan 1. Majlis Graduasi Tahun Enam  Norma baharu Secara Pandu Lalu ( Drive Thru ) adalah merupakan majlis yang dibuat untuk menghargai pencapaian murid-murid di sekolah ini.  Majlis ini tidak seperti yang telah dibuat pada tahun-tahun yang sudah kerana negara sedang dilanda Pandemik Covid 19 pada masa ini.  Oleh itu, kaedah pelaksanaan untuk menghargai murid tersebut adalah melalui Majlis Graduasi Norma Baharu secara pandu lalu dan mengikut prosedur standard operasi yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Pematuhan kepada sop semasa melaksanakan majlis ini adalah penting bagi mengelak penularan virus Covid 19.

Dalam melaksanakan majlis ini, murid-murid perlu mendapat kebenaran ibu bapa dan berada dalam keadaan sihat.  Murid-murid juga perlu mematuhi peraturan majlis yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Berikut ialah tentatif majlis :

▶️SESI 1

Tarikh : 9 Disember 2020.

Masa :  7. 30 pg – 10.00 pg

(PPKI & Pra Sekolah)

:  10.00 pg-12.30 t/hari (Tahun 6 Delima)

▶️SESI 2

Tarikh : 10 Disember 2020

Masa : 7.30 pg- 10.00 pg (Tahun 6 Berlian)

: 10.00 pg- 12.30 t/hari (Tahun 6 Jed

 

PENGURUSAN JUBAH KONVO MURID

  1. Murid memakai jubah (1:1) yang dibantu oleh urusetia mengikut SOP
  2. Sesi bergambar dan penerimaan sijil
  3. Pengembalian jubah kepada urusetia bertugas
  4.  Jubah akan terus dicuci selepas majlis selesai.

SKTA II mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada YDP PIBG  Tuan Hj Mohd Yusof Bin Hj Kahar, Polis Perhubungan Sekolah (PPS) Sub- Inspektor. Tuan Jaafridin dari Jab.Siasatan Jenayah, Sarjan Rahimah dari Unit Trafik PDRM Cawangan KK dan semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. TK.

       

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan