Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Keluarga Murid yang Terjejas Akibat Pandemik COVID-19

Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Keluarga Murid yang Terjejas Akibat Pandemik COVID-19

 

Pada 10 Disember 2020, Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Keluarga Murid yang Terjejas Akibat Pandemik COVID-19 telah dianjurkan oleh Unit Kebajikan SMK Kolombong dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kolombong. Pihak sekolah telah menerima pelbagai sumbangan daripada pihak PIBG, Kelab Staf, Kelab AKP, Koperasi, Surau, syarikat pembekal dan sumbangan orang perseorangan dari staf SMK Kolombong serta pihak luar. Semoga segala sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan. Didoakan agar sumbangan ini diberkati dan para penyumbang dan keluarga mereka terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan. Sedekah membawa berkah!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply