Sekali lagi Guru-Guru SMK Bandaraya Kota Kinabalu merangkul paling banyak penyertaan dan pingat di Pertandingan Inovasi Peringkat ANTARABANGSA Pertandingan STEM-MATE NALI 2020 anjuran UTM kolaborasi JPN Johor dan Asian Technological University, Indonesia dengan sokongan KPM. Pasukan SeMerBaK STEM Thinkers ini berjaya memenangi
1 PINGAT EMAS, 1 PINGAT PERAK DAN 2 PINGAT GANGSA.
Guru-guru yang terlibat ialah
Nadia Richard, Roselen Sindeh, Julie Johwina, Zarina Nazori, Jamu Jamari @Sahiri, Anita Abd Hamid, Norallysham bin Stoh, Mohd Yusuf bin Andres, Safiah Agimin dan sokongan penuh daripada pengetua, Puan Rohani Ramlee.
Ini adalah salah satu usaha SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk memperkasakan lagi pendidikan STEM di sekolah dan berharap agar lebih ramai lagi guru dan murid mengikuti pertandingan seumpama ini. Semoga menjadi inspirasi kepada semua warga pendidik.
Sepakat Cemerlang
KeranaMU
Biar Setitik; Berkocak
Biar Setapak; Bergerak