Pada 7 November 2020, Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM 2020 telah diadakan secara maya menggunakan pelantar media Google Meet. Seramai 5 orang guru subjek Matematik dan 65 orang murid SMK Kolombong terlibat. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Panitia Matematik SMK Kolombong, Cikgu Ma Nyuk Chin dan beberapa orang guru subjek ini. Semua murid diberikan penerangan mengenai teknik menjawab soalan Matematik SPM Kertas 1 dan Kertas 2. Semoga bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh murid-murid SMK Kolombong yang bakal menghadapi peperiksaan Percubaan SPM bermula minggu hadapan.

Please follow and like us:

Leave a Reply