Pada 7 November 2020, Taklimat Google Form dalam Pelaksanaan Peperiksaan Secara Atas Talian telah diadakan secara maya menggunakan pelantar media Google Meet. Seramai 30 orang guru SMK Kolombong terlibat dan taklimat ini disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari SMK Kolombong, Cik Nur Hafizah binti Sahat. Guru-guru diberikan penerangan mengenai fungsi dan kegunaan Google Form dalam pelaksanaan peperiksaan secara atas talian yang mudah dan sangat membantu. Semakin ramai guru dan murid yang berminat menggunakan pelantar media ini walaupun terdapat masalah talian internet di kawasan kediaman mereka. Semoga taklimat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh warga pendidik dalam menghadapi era digital ini.


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder